in

Siren Tak Berbunyi, Warga Emas Jadi ‘Hero’ Lepas Kejutkan Jiran Sekitar Kawasan Banjir

4 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga emas menjadi wira kepada penduduk di kawasan Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas apabila dia bertindak pantas mengejutkan jiran-jirannya ketika kawasan tersebut dinaiki air.

Bencana tersebut berlaku akibat limpahan air sungai berhampiran yang dikatakan terlalu deras hingga menenggelamkan kesemua 200 buah rumah di taman perumahan itu hanya dalam tempoh 10 minit.


Namun, siren kecemasan di kawasan tersebut dikatakan tidak mengeluarkan sebarang bunyi untuk memberi amaran kepada penduduk sekitar.

cats 6

Tak tidur lepas 4 pagi

Dalam temu bualnya bersama Astro Awani, lelaki bernama Samsudin Omar itu menyatakan banjir kali ini berlaku tanpa dijangka dan air masuk dengan begitu cepat. Dia bagaimanapun bersyukur kerana masih belum tidur dan segera bertindak mengejutkan penduduk sekitar.

Menurutnya, keadaan sekitar jam 4 pagi masih lagi dilihat terkawal dan tenang walaupun hujan masih belum berhenti. Jadi dia beranggapan bahawa banjir itu mungkin akan datang keesokan harinya, dalam jam 8 atau 9 pagi.

Dikenali sebagai Apak oleh rakan-rakan, Samsudin kemudiannya menerima satu panggilan telefon dari seorang rakan sebelum mendapati air sudah melimpah masuk ke kawasan taman.

Tetapi tak sampai 20 minit, kami balik, ada yang tidur lena.. air pun masuk dengan lajunya.. kalau saya tak ada malam itu kemungkinan ada kehilangan nyawa,” kata Samsudin

Bimbang dengan kejadian itu, Samsudin pantas mengejutkan jiran-jiran di kawasan sekitar, di mana tindakannya itu berjaya menyelamatkan lebih 700 orang penduduk sekitar.

TNB turut berikan respon

Berikutan kejadian tersebut, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan kenyataan berkenaan siren yang dikatakan tidak berbunyi. Dalam kenyataan yang turut dikongsi oleh Astro Awani, TNB memaklumkan bahawa pihak mereka tidak melakukan pemotongan di kawasan tersebut.

our business resize

Semakan TNB menunjukkan Pejabat Hutan Negeri telah membuat permohonan penutupan akaun pada 12 Oktober 2021 berikutan siren di kedua-dua kawasan itu tidak berfungsi dan digunakan oleh penduduk kawasan terlibat.”

Tambah mereka lagi, kerja-kerja penutupan bekalan bagi akaun tersebut dilaksanakan pada 14 Oktober 2021 dengan mengikuti proses lazim. Hasil semakan dari pihak mereka juga mendapati tiada sebarang tunggakan pada akaun tersebut.

Temu bual penuh bersama Encik Samsudin boleh dilihat melalui video di laman Astro Awani.

Baca: “Kau memang layak” – Abang Viva Viral Terima Anugerah ‘Adiwira Prihatin Musibah’

Captures

Sumber: Astro Awani
Sumber: TNB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.