Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang guru tuisyen terkenal, Sir Uzairi atau Uzairi Mohd Taib dikatakan telah menyuruh pelajarnya memanggil dirinya ‘daddy’ dalam satu sesi pengajaran dalam talian.
Menerusi video yang tular, Uzairi yang sebelum ini viral kerana menggunakan teknik mengajar yang lincah dan menghiburkan ini dikatakan telah berjenaka secara kasual dengan menyuruh pelajarnya menggelarkan dirinya sebagai ‘daddy’ dalam sesi pengajaran live.
https://twitter.com/BATR1SYIA/status/1468729907731578889?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1468729907731578889%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fgempak.com%2Fberita-terkini%2Fdikecam-selepas-minta-student-panggil-dirinya-daddy-sir-uzairi-akui-silap-letak-jawatan-sebagai-guru-pusat-tuisyen-68746%3Ffbclid%3DIwAR3wT7LS-QxsUWM3hBEwebg3LJv6_clMo7YKS-Z8iOVDxg068Gr5J9SE9Ts
Rakaman itu kemudian meraih kecaman netizen kerana gelaran ‘daddy’ merupakan sexual innuendo (sindiran seks) yang tidak patut digunakan oleh seorang guru tambahan lagi kepada pelajar di bawah umur.
Mohon maaf dan letak jawatan dari MCplus
Susulan kecaman yang diterima, Uzairi menerusi Twitter memaklumkan bahawa dia sudah meletak jawatan daripada pusat tuisyen berkenaan, MCplus dan memohon maaf di atas keterlanjurannya dalam berkata-kata.
we are supposed to be educators, but it seems this time around i am the one who have something to learn.
it has been brought to my attention that the video has raised major concern amongst the public. i apologize for the disturbance caused by the video.
— Uzairi Taib (@uzairitaib) December 8, 2021
Menurutnya lagi, sebagai seorang guru, dia sudah semestinya tahu mengenai kod etika yang harus dipatuhi dan tidak menyangka disebabkan kecuaiannya, sebuah ‘lawak kasual’ boleh bertukar menjadi sesuatu yang serius.
from the bottom of my heart, i truly apologise for saying the wrong words. i learn from this experience and i have decided to take a break to reflect fully on my self due to this incident.
my actions are mine and mine alone.
— Uzairi Taib (@uzairitaib) December 8, 2021
therefore, i am tendering my resignation from @mcplus_my effective immediately. i am fully prepared to face the consequences as a result of this unfortunate event.
— Uzairi Taib (@uzairitaib) December 8, 2021
Oleh itu saya mengemukakan peletakan jawatan saya dari @mcplus_my berkuat kuasa serta merta. Saya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi akibat daripada peristiwa malang ini,” tulisnya.
Perkongsian daripada Uzairi itu telah meraih pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata pelajar pusat tuisyen terbabit sangat bersedih dengan berita tersebut kerana menanggap Uzairi sebagai seorang guru yang baik.
Dalam pada itu menurut Instagram rasmi @mcplus.my, Uzairi Mohd Taib telah direhatkan daripada tugasnya selama sebulan bermula 9 Disember hingga 9 Januari 2022.
Harap adik-adik yang belajar di pusat tuisyen ni tidaklah tertekan dengan isu yang melanda ini.
Baca: “Bukannya takut lagi dah” – Cikgu Matematik Viral Buat Rumah Hantu Macam Tempat Permainan Sahaja