in

Singapura Catat 1 Kes Import Monkeypox, 13 Kontak Kasual Dipantau Melalui Telefon Selama 21 Hari

monkeypox dikesan di singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin dekat… Kebimbangan rakyat Malaysia nampaknya makin bertambah-tambah apabila 1 kes import Monkeypox telah dicatatkan di Singapura semalam, lapor Kementerian Kesihatan negara tersebut.

Menurut The Sun, kes itu melibatkan seorang lelaki yang transit di Singapura dan dalam perjalanan ke Australia pada 2 Jun lepas telah disahkan dijangkiti wabak berkenaan.


Kenyataan dari MOH Singapura menjelaskan bahawa pengembara tersebut tiba di Sydney pada 3 Jun dan telah disahkan positif monkeypox di sana.

Dia telah berlepas dari Barcelona pada 1 Jun lepas dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada 2 Jun.

“Dia hanya duduk di bahagian transit Lapangan Terbang Changi, sebelum berlepas ke Sydney pada hari yang sama dan tidak melawat ke bahagian lain di lapangan terbang tersebut,” katanya.

1612645
Changi Airport, Singapura

 

Tidak berhubung dengan mana-mana individu, risiko penularan sangat rendah 

Disebabkan pengembara tersebut tidak memasuki Singapura atau berhubung dengan mana-mana individu dalam komuniti, kementerian berkata, ‘tiada risiko wabak tersebut akan menular dalam komuniti’. 

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, kementerian walau bagaimanapun telah membuat pengesanan kontak pada kedua-dua penerbangan yang terjejas atau mereka yang mungkin berhubungan dengan pengembara tersebut di kawasan transit.

image 1245

Disebabkan tiada kontak rapat, jadi tiada keperluan untuk kuarantin diadakan.

Bagaimanapun kami sudah meletakkan 13 orang yang mungkin ada kontak kasual dengan pengembara berkenaan dengan pengawasan melalui telefon selama 21 hari,” jelas Kementerian Kesihatan Singapura.

Mereka yang berada dalam pengawasan telefon ini akan menerima panggilan telefon untuk mengakses status kesihatan mereka hingga tamat tempoh pengawasan.

Jika terdapat simptom yang dikesan, mereka akan dibawa ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan untuk dipantau lebih lanjut.

Harap penyakit ini tak masuklah ke Malaysia. Bimbang juga lepas sempadan dah buka ni. 

Baca: Didakwa Ada Kes Monkeypox Di Malaysia, TS Noor Hisham Tampil Bagi Respon

Sumber: The Star
Sumber: AsiaOne

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.