in

Sinead O’Connor Akui Beliau Temui Sinar Islam Selepas Baca Surah Al-Baqarah

1Fe06F3D 54Ac 4797 9B52 90C1A1D390B0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun Sinead O’Connor memeluk Islam.

Namun perjalanan hidupnya yang boleh kita umpamakan bagai dilahirkan semula setelah berhijrah, bukanlah semudah disangka.


Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Nothing Compares 2U itu berdepan sentimen dan stigma daripada masyarakat sekeliling yang membenci Islam – hinggakan suatu ketika, dia pernah mengeluarkan kenyataan “I never want to spend time with white people again (if that’s what non-muslims are called).”

Betapa marahnya dia pada waktu itu, sehingga dia menyifatkan golongan ini sebagai menjijikkan.

Namun sewaktu muncul dalam rancangan The Late Late Show baru-baru ini, Sinead yang kini dikenali dengan nama Islamnya Shuhada Sadaqat, tampil memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Katanya, sentimen Islamofobia yang dibebankan ke atasnya oleh masyarakat sekeliling telah mempengaruhi tindakannya ketika itu.

Dalam temubual itu, Sinead membuka cerita kepada penonton mengenai perjalanannya meninggalkan Kristian untuk memeluk Islam.

Kita tahu latar belakang penyanyi ini suatu ketika dahulu, yang pernah mengejutkan dunia barat apabila dia bertindak mengoyakkan gambar Pope John Paul II dan mencela Gereja Katholik.

Pendek kata, sepanjang kariernya — Sinead memang dikenali sebagai seorang penyanyi yang penuh kontroversi.

Jadi, apa sebenarnya yang mendorong Sinead untuk akhirnya meninggalkan anutan lama dan memutuskan bahawa Islam adalah cara hidup sebenar?

Jawapannya ditemukan pada surah paling panjang dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah.

A39Bb624 0752 4Cc8 857A 101Ae088Df63

4Da04B24 5590 442D 8Ce6 A74Db1946740

Sinead berkata, sebaik mendalami surah tersebut hatinya seakan sudah menyedari bahawa beliau telah kembali menemui fitrah dirinya.

Beliau turut mengakui mendapat banyak pengajaran daripada Al-Quran.

Bercerita lebih lanjut, Sinead turut berkata beliau tidak menyangka akan memeluk Islam pada akhirnya — kerana sebelum itu beliau turut dihantui rasa prejudis terhadap agama tersebut.

Namun siapa sangka, perjalanan spiritual seorang individu yang pernah menjadi paderi Kristian Katholik itu akhirnya membawa beliau kepada Islam.

 

Baca: “Takutnya kalau dosa jariah masih mengalir lepas kita mati” – Bertambah Ke Dosa Kita Lepas Mati? Baca Penjelasan Ini

Untitled Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.