Nasib malang buat keluarga ini apabila rumahnya menjadi ancaman Ah Long. Berbeza dengan kes sebelum ini di mana penyewa lama yang berhutang di rumah tersebut, namun dalam kes ini memang rumahnya itu bukanlah lokasi sebenar tetapi menjadi target kerana kesilapan Ah Long itu sendiri.
Malah, Ah Long tersebut langsung tak nak bertanggungjawab disebabkan kesilapan mereka itu dengan membiarkan keluarga ini tanggung malu.
Artikel berkaitan : Sedar Tingkah Laku Diperhatikan, Pereka Fesyen Diganggu Ah Long
Artikel berkaitan : Gara-gara Hutang Penghuni Lama, Kereta Wanita Ini Dibakar Oleh Ah Long
Bercerita mengenai insiden yang berlaku pada Rabu, tuan rumah, Wan Zainab Wan Mamat, 37, dan suami keluar membeli makanan sebelum dimaklumkan oleh anak bahawa rumah mereka didatangi sekumpulan lelaki yang kemudian menyimbah cat merah.
“Lima anak saya dalam ketakutan, bayangkan tiba-tiba orang datang simbah cat. Habis bahagian depan rumah termasuk kereta dan motosikal terkena cat.”
“Bila kami sampai rumah tengok ada nota minta bayar hutang. Yang hutang tu lelaki Cina, yang kena simbah rumah kami.”
Kata Wan Zainab lagi, dia ada menghubungi nombor Ah Long berkenaan bagi meminta penjelasan serta menuntut ganti rugi bagi kerugian yang ditanggung mereka sekeluarga.
“Saya tanya kenapa simbah rumah kami, dia kata mereka bertindak berdasarkan alamat yang diberikan.”
“Bila minta dia bayar ganti rugi, dia tak nak bayar sebaliknya dia suruh saya minta ganti rugi dengan orang yang berhutang dengannya.”
Menurutnya, penghutang sebenar telah berhutang sebanyak SGD3,000 (kira-kira RM9,900) kepada mereka. Malah, Ah Long itu siap memberikan alamat penghutang berkenaan kepadanya.
“Dia suruh saya minta ganti rugi di alamat berkenaan. Saya dan suami dah pergi jaraknya hanya beberapa kilometer (km) sahaja dari rumah kami. Alamat rumah yang diberikan adalah kediaman ibu penghutang dan rumah itu turut disimbah cat.”
Disebabkan kejadian itu, Wan Zainab terpaksa menanggung malu kerana terdapat jiran yang beranggapan mereka sekeluarga berhutang dengan Ah Long. Jadi, dia berharap agar pihak tersebut bertanggungjawab terhadap dengan kejadian ini.
Mereka juga mengalami ketakutan sampaikan suaminya tidak tidur semalaman kerana khuatir rumah mereka akan diserang.
Sumber : mStar Online