Satu video kini sedang tular di Indonesia memperlihatkan seorang bekas atlet Mixed Martial Arts (MMA) bergelut dengan seorang lelaki di tepi jalan yang sedang sesak. Video itu dikongsikan oleh bekas atlet itu sendiri yang namanya terkenal dengan gelaran Rudy “The Golden Boy” (Rudy Agustian) di Instagram.
Menurut sumber, dalam video tersebut, Rudy yang memakai kemeja dan jeans biru itu dilihat sedang bertengkar dengan pemandu lain sebelum pemandu tersebut keluar kereta dan datang ke arah Rudy.
View this post on Instagram
Lelaki tersebut dilihat hadir ke arahnya sambil merokok dan memegang stering lock. Bagaimanapun, Rudy dilihat tidak memukul lelaki tersebut dan hanya mempertahankan diri daripada serangan lelaki itu sebelum penyerang itu rebah.
“Orang ini memandu kereta secara melulu.. hampir meragut nyawa saya, isteri dan anak-anak saya. Saya hon dia lebih kuat, dia memotong saya.. Saya kejar dia.. Saya hon lagi.. dia buka tingkap, berceloteh tepi.. akhirnya dia berhenti di hadapan saya.”
“Debat debat debat.. dan akhirnya ada kejadian ni. Lumpuhkan saja… tak perlu pukul atau tendang… kawal dengan 2 tangan.. takedown… siku di leher. Hati-hati di jalan raya kawan..Jangan memandu dalam keadaan minum alkohol, dan merokok, membahayakan nyawa orang lain.”
Tak lama kemudian, ada beberapa orang awam berkeumun ke lokasi kejadian sebelum Rudy kembali ke kenderaan miliknya.
Menerusi Rudy di Instagram, menjelaskan lelaki tersebut dikatakan memandu secara cuai dan didakwa bahawa lelaki itu sedang berada dibawah pengaruh alkohol.
Baca : “Kamu pun salah” – [VIDEO] Cikgu TESL Tegur 4 Sekawan Gelakkan ‘Grammar’ Ex-BF