in

“Sila betulkan kenyataan anda” – Che Ta Tepis Dakwaan Tak Pernah Bayar Pinjaman MARA

ft che ta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Rozita Che Wan meminta sesetengah pihak untuk membetulkan kenyataan yang mendakwanya tidak pernah membayar pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) sejak 2017.

Melalui IG story, dia yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta memberitahu bahawa akan mengeluarkan kenyataan suatu hari nanti.


Artikel berkaitan : “Takkan tinggal atas pokok” -Tular Dakwaan Rumah Disita, Ini Penjelasan Che Ta

Artikel berkaitan : Usahawan Dan Rakan Baik Che Ta, Anas Zahrin Bantu Bayar Hutang Kontraktor RM7K

Kenyataan tersebut diberikan menerusi satu gambar petikan berita yang mengatakan dia tidak pernah membayar semula pinjaman itu sejak 2017.

“Sila betulkan kenyataan anda atau tolong dapatkan berita sahih. Satu hari nanti saya akan buat kenyataan sebenar-benarnya!”

Screenshot 2024 12 24 165007

Dalam pada itu, tular mengenai berita lelongan barangan milik Che Ta  yang sepatutnya diadakan hari ini ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Dlaam pada itu, wakil peguam MARA yang enggan dikenali dilapor memberitahu, lelongan ditunda selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan permohonan Rozita selaku defendan untuk menangguhkannya.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilaporkan diserbu MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Screenshot 2024 12 24 165751

Menurut Harian Metro, dia dilapor masih belum tampil bertemu pihak MARA untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn Bhd.

Susulan itu, bahagian undang-undang MARA dilapor dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang dikatakan gagal membayar pinjaman.

Sumber : Harian Metro, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.