in

“Sikit pun tak terkeluar perkataan aduh sakit” – Kawan Arwah Anak AR Badul Ceritakan Detik Akhir Sebelum ‘Pergi’

Arwah3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tadi kita dikejutkan dengan berita sedih terhadap ‘permergian’ anak pelakon veteran AR Badul, Mejar Mohd Zahir Armaya, 36 ketika menyertai latihan demonstrasi itu di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu hari ini.

Ketika arwah disahkan meninggal dunia, seorang persara tentera Kapten Amar Ab Aziz kongsikan detik-detik pilu sahabat baik arwah lalui saat rebah ketika kejadian.


 

Aku ada dengan arwah sebelah dia masa kejadian 

Ednasdkvuaebg2H

Seperti yang dimaklumkan, ketika kejadian, mangsa yang memakai topeng dan baju kalis peluru telah melakukan tembakan pertama ke arah rakan tenteranya.

Namun, malangnya dia kemudian terkena tembakan dari rakan tentera itu dari jarak dekat. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan.

Jadi, saat dia terjatuh akibat tembakan itu, sahabat arwah menjelaskan bahawa arwah langsung tidak meronta kesakitan.

Tangan dia ketar-ketar tahan sakit. Tu la KOMANDO, sikit pun tak tekeluar perkataan aduh sakit dari mulut Arwah.”

Tambahnya lagi, masa tengah sibuk, orang SG bagi first aid dekat arwah, dia dah bisik dekat telinga Arwah, sebilang masa arwah sebut Allahuakhbar. Sampai la Arwah naik ambulans.

Ketika dia pergi ke hospital untuk berada di sisi arwah, dia rasa terharu dan sebak sebab berpeluang untuk melihat keadaan arwah buat kali terakhir.

 

Muka senyum, jernih, ada peluh-peluh sikit, muka terletak elok, ada air bertakung dalam mata. Aku Igt balik itu la tanda orang yang mati Syahid. In Sha Allah.”

Masa tu dia pegang kaki arwah, cium tangan, dan berbicara dengan arwah tentang waktu ‘ketibaannya’ pula. Lebih mengharukan lagi apabila mereka bersuka ria semalam.

“Terima kasih belanja aku teh tarik semalam. Aku menangis tak berhenti. Sebab tu aku rasa kita kena berhenti buat spekulasi, sebab bukti yang arwah orang baik dah Allah tunjuk.”

“In Sha Allah memang pemergian arwah menyedihkan Tapi cara Allah sambut arwah aku dah nampak”

Jom kita doa pada Arwah dan keluarga semoga dirahmati Allah sentiasa. Al-fatihah

 

Baca : “Ini pertunjukan terakhir saya” – Sempat Hantar Mesej, Anak AR Badul Maut Tertembak Ketika Demonstrasi Tentera

Tentera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.