Satu perkongsian daripada seorang ibu kini sedang tular di TikTok apabila dia kongsikan detik melahirkan anak pertama yang boleh dianggap agak ‘epik’.
Dia difahamkan melahirkan anak perempuannya pada 15 Oktober lalu di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital untuk urusan bersalin tapi tak sempat.
Artikel berkaitan : Baru Melawat Isteri Bersalin Di Hospital, Imam Maut Terlibat Kemalangan
Artikel berkaitan : Baru 2 Bulan Bersalin, Puteri Dubai Ceraikan Suami Di IG
Dalam video tersebut, kelihatan jururawat sedang memeriksa keretanya dan video ini telah mendapat perhatian netizen sampai ada yang tertanya-tanya alamat yang tertulis di dalam sijil kelahirannya jika bersalin di dalam kereta.
@syahirahsidik 15.10.2024 bersalin di highway DUKE dalam kereta! 🥹 ibu-ibu please kalau da rasa contraction terus ke hospital jangan tunggu lagi! #pengalamanbersalin #babylove #baby #malaysia #CapCut
Oleh sebab itu, wanita yang dikenali sebagai Eiraa ini ada menunjukkan potongan gambar daripada sijil kelahiran bayinya itu untuk menjawab pertanyaan netizen tersebut.
Dalam pada itu, Eiraa menjelaskan kepada WORLD OF BUZZ bahawa dia melahirkan anaknya itu di dalam kereta baharu yang usianya tak sampai sebulan.
“Bayi saya diletakkan di NICU untuk antibiotik kerana dilahirkan di luar dari hospital,” katanya.
Dalam pada itu Eiraa turut menasihati kepada bakal ibu di luar sana agar segera ke hospital jika alami kontraksi biarpun rasanya tidak begitu ‘kuat’.
“Melahirkan anak tanpa bantuan kakitangan kesihatan sangat bahaya untuk ibu dan juga bayi,” tambahnya lagi.
Apa yang benting bayi itu sihat.
Sumber : TikTok, WORLD OF BUZZ