Selaras dengan komitmen kerajaan MADANI untuk memperkukuhkan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perkhidmatan awam, kerajaan meneruskan pelaksanaan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) buat kakitangannya sempena Sidang Kemuncak ASEAN bulan ini.
Dalam satu kenyataan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini, ia bagaimanapun tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Artikel berkaitan : Mohon Maaf Sebab Jalan Sesak Akibat Penutupan Jalan, Tok Mat Cadang ‘WFH’ &PdPR Ketika ASEAN Summit Nanti
Artikel berkaitan : Pekerja Boleh ‘Apply’ Nak Kerja Secara Fleksibel Seperti WFH Bermula 1 September Ni!
Ketua Jabatan diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai yang mungkin terkesan dengan kesesakan aliran trafik sempena pelaksanaan Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung pada bulan Mei tahun ini.
“Langkah ini antara inisiatif Kerajaan MADANI dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin, selaras dengan nilai teras MADANI seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.”
Sidang Kemuncak ASEAN: Penjawat awam yang terkesan dengan kesesakan trafik layak mohon Bekerja Dari Rumah – JPA pic.twitter.com/XIs5KagVer
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) May 7, 2025
Kata JPA lagi, mana-mana pegawai yang layak disarankan untuk berhubung dengan Ketua Jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya.
Jelas JPA, pelaksanaan dasar itu mestilah berpandukan tatacara dan syarat yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM).
Sumber : Bernama