Walaupun sudah lebih seminggu kita berpuasa di bulan Ramadan, tak dinafikan masih ada di antara kita yang susah untuk bangun bersahur. Ada yang sebab terlalu penat kerana sibuk berurusan pada hari sebelumnya dan tak kurang juga ada yang memang jenis susah nak bangun pagi. Set alarm banyak-banyak pun kadang boleh terlepas.
Bercakap pasal isu susah bangun sahur, baru-baru ini viral di media sosial negara jiran, Indonesia mengenai sekumpulan anak muda yang disimbah air oleh seorang penduduk ketika mengetuk tong untuk membangunkan orang ramai supaya bersahur.
Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:
https://www.instagram.com/p/Cb8WjvBDYDV/
“Salah yang nyiram apa yang bangunin sahur ya??”
Mula dikongsikan di laman sosial TikTok sebelum dikongsikan semula di Instagram, video yang sudah meraih jutaan tontonan (setakat artikel ini ditulis) menunjukkan sekumpulan remaja yang sedang membangunkan penduduk untuk bersahur dengan cara mengetuk tong.
Menggunakan troli kecil kayu bagi memudahkan mereka membawa tong berkenaan, kumpulan terbabit dilihat berhenti di hadapan sebuah rumah sebelum mengetuk tong berkenaan dan menyanyi untuk membangunkan penduduk bersahur.
Walau bagaimanapun, niat mereka terbantut selepas penghuni rumah terbabit membuka pintu dan terus menyimbah mereka dengan air sekali gus mencetuskan satu pergaduhan kecil.
Meninjau di ruangan komen pula, ternyata video terbabit mengundang perdebatan antara pengguna laman sosial. Ada yang mengatakan ia adalah salah kumpulan remaja itu sendiri kerana berhenti di hadapan rumah orang dan membuat bising, namun, ada juga yang mengatakan si penghuni rumah tidak perlulah sampai menyiram air kepada mereka tapi cukup hanya sekadar menegur.
Menerusi ruangan komen juga, ada netizen yang mengatakan video terbabit sebenarnya berlaku ketika Ramadan tahun lalu. Pun begitu, difahamkan tiada pertengkaran besar berlaku kerana kumpulan remaja berkenaan beredar tak lama selepas itu.
“Salah yang bangunin sahur… lalu sajalah gak perlu berenti depan rumah orang,” tulis netizen.
“Yang salah mereka berdua, bangunin sahur boleh tapi enggak begitu juga. Orang-orang sudah pasti pasang alarm, yang marah harusnya enggak nyiram juga bisa diomongin,” kata yang lain pula.
Sumber: Yoursay.id