Baru-baru ini, tular satu video pesanan khidmat masyarakat daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), memaparkan seorang doktor menerima ‘duit kopi’ yang diberi oleh pesakitnya yang inginkan sijil cuti sakit (MC).
Tujuan video itu dihasilkan sudah semestinya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya memberi atau menerima rasuah, walau dari sudut yang ringan seperti meminta MC di klinik.
Namun, video tersebut telah menimbulkan kontroversi apabila orang ramai menyatakan situasi tersebut kurang bersesuaian dengan keadaan sebenar jenayah rasuah di Malaysia.
https://twitter.com/SPRMMalaysia/status/1478201333371256833
Susulan itu, giliran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pula tampil untuk mengkritik iklan tersebut yang dikatakan menghina kesucian serta imej profesion perubatan itu.
Menurut kenyataan dari Dr Koh Kar Chai selaku Presiden MMA, agensi kerajaan itu sepatutnya menggunakan contoh lain untuk menyampaikan pesanan mereka.
Sebagai doktor kami rasa amat terhina dengan hantaran itu yang wajar diturunkan segera”
Beliau turut kesal dengan video tersebut yang dilihat seakan memperlekehkan golongan perubatan, walaupun mereka telah banyak berkorban dalam usaha memerangi wabak Coivd-19.
Adakah mereka lupa pengorbanan kami untuk negara dalam memerangi musuh ketat kita iaitu virus SARS-CoV-2 yang meragut 31,591 nyawa?”
Doktor itu turut menambah bahawa golongan pengamal perubatan telah banyak menabur bakti dalam membantu orang ramai ketika bencana banjir baru-baru ini, sedangkan klinik mereka sendiri terjejas.
Dalam masa yang sama, Dr Koh turut memberitahu pihak SPRM supaya membersihkan isu dalaman agensi itu terlebih dahulu.
Kami menggesa SPRM membuat permohonan maaf terbuka atas video itu dan pada masa sama membersihkan isu dalamannya sendiri terlebih dulu.”
Setiap agensi dan organisasi mempunyai kepentingan masing-masing, kan? Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.
Sumber: Malaysiakini
Baca: “Ada interaction walaupun duduk rumah saja?” – Doktor Perjelas Fungsi Sebenar MySJ Trace