in

“Siapa suruh upload?” – YouTuber Diburu Polis Lepas Curi Masuk Sunway Lagoon

F4 Sl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh pula di media sosial tentang sebuah video di YouTube yang memaparkan beberapa orang individu dipercayai YouTuber yang dikatakan telah curi-curi masuk ke kawasan taman tema Sunway Lagoon di Subang Jaya.

Menurut Astro AWANI & Sinar Harian, video tiga orang lelaki tempatan itu telah disedari oleh salah seorang pekerja Sunway Lagoon setelah melihat video berkenaan yang dimuat naik di platform YouTube beberapa hari lalu.


Sl 3
Gambar sekadar hiasan

Dalam video terbabit, ketiga-tiga individu itu dikatakan berkongsi tentang bagaimana caranya mereka boleh terlepas masuk ke Sunway Lagoon tanpa membeli tiket.

Difahamkan, mereka melompat dari dinding kawasan ‘surfbeach’ untuk ke kolam. Kemudian, mereka mencampakkan handphone ke dalam kawasan berkenaan sebelum memberitahu pekerja taman bahawa mereka ada tertinggal telefon di situ.

Disebabkan pekerja tu percaya yang telefon bimbit tu memang betul-betul tertinggal, suspek dibenarkan masuk untuk mengambil barangan peribadi berkenaan namun  keberadaan mereka lepas tu tak dapat diketahui.

Sl 2
Gambar sekadar hiasan

Kini, pihak polis daerah Subang Jaya dilaporkan sedang memburu individu terbabit yang dipercayai merupakan YouTuber. Manakala Vocket pula mendedahkan bahawa video berkenaan pada mulanya telah dikongsikan di YouTube menerusi akaun yang dikenali sebagai Ryaan Key.

Kejadian ini juga telah mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada netizen di mana rata-rata mereka berpendapat konten seperti ini tak sepatutnya dibuat sebab nanti kanak-kanak mungkin akan terikut-ikut benda yang tak elok.

Namun, (ketika artikel ini ditulis), video tersebut nampaknya dah tak dapat dijumpai di internet, mungkin juga sebab dah dipadamkan. 

Sumber: Astro AWANI & Sinar Harian, Vocket

Baca: “Terpaksa bedal kalau tak, kosong”- [VIDEO] Student Gigih Jawab ‘Test’ Dekat Sunway Lagoon 

Sl 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.