in

“Siapa lagi nak pertahankan Jawi?” – MP Kelantan Beri 4 Sebab Mahu Tulisan Jawi Pada MyKad

tulisan jawi mykad kad pengenalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli Parlimen Tumpat, Mumtaz Md Nawi mahu kerajaan mengintergrasikan tulisan Jawi dalam Mykad sama ada dalam bentuk fizikal mahupun digital.

Memetik laporan Malaysiakini, katanya langkah itu wajar dipertimbangkan dengan mengambil kira empat aspek utama iaitu legasi, sinergi, identiti dan sekuriti.


Katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Pindaan Akta Pendaftaran Negara 2025, dari aspek legasi, tulisan Jawi adalah warisan kebangsaan yang termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan perlu diangkat dalam dokumen identiti rasmi negara.

“Inilah masa paling tepat untuk mengintegrasikan Jawi ke dalam identiti pengenalan nasional, dalam kad pengenalan fizikal dan juga dalam bentuk digital— yang membawa makna sebenar nama seseorang dalam satu dokumen rasmi yang boleh dirujuk untuk nama versi Jawi, yang tidak dapat dipenuhi oleh aksara rumi semata-mata.

“Hari ini, jika bukan Malaysia yang mempertahankan Jawi ini, siapa lagi, negara mana lagi?” katanya.

Artikel berkaitan: “Lebih canggih” – Kad Pengenalan Lama Bakal Dimansuhkan, Ini Ciri-ciri MyKad Generasi Baharu

Artikel berkaitan: “Sedang dijual dalam ‘dark web’” – Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor?

MUMTAZ NAWI 780x470 1

Selain itu, integrasi tulisan Jawi dalam kad pengenalan mampu memberi nilai tambah dalam hubungan antarabangsa, khususnya dengan negara Arab yang menggunakan huruf hampir sama dalam pentadbiran rasmi.

“Malaysia akan lebih disantuni dan dihormati dengan langkah tersebut kerana dianggap sebagai negara Islam dengan identiti tersendiri,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan percanggahan ejaan Jawi yang berlaku pada sijil nikah, sijil sekolah agama dan rekod lain, sekali gus menimbulkan kekeliruan.

“Jika ada rekod rasmi kerajaan yang tunggal, kita akan capai sinergi dan uniformiti,” katanya.

Dari segi identiti, Mumtaz berkata ia melibatkan isu perlembagaan. Rakyat diberi hak untuk mengisi borang rasmi dengan tulisan Jawi sama ada secara digital atau fizikal.

Manakala dari aspek sekuriti, beliau mendakwa aksara Jawi lebih sukar dimanipulasi berbanding huruf Rumi.

Beliau juga menyebut Singapura pun membenarkan tulisan Jawi dalam kad pengenalan republik itu.

Justeru, beliau menegaskan Malaysia wajar mengambil langkah lebih ke hadapan untuk memperkukuh identiti rasmi negara.

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.