Muzik merupakan salah satu cabang terbesar dalam industri hiburan dan sudah semestinya kita mahukan kualiti muzik yang setaraf dengan kualiti muzik antarabangsa kan?
Salah satu sumber untuk kita mengenali lagu-lagu tempatan adalah daripada rancangan radio yang biasanya meletakkan lagu-lagu tersebut di dalam carta dan jika permintaan untuk sesebuah lagu tersebut tinggi, maka kedudukannya dalam carta juga tinggi.
Walau bagaimanapun, hari ini Kudsia Kahar yang merupakan bekas presiden Radio Komersial Malaysia (CRM) berkongsi sesuatu yang agak perit untuk ditelan.
Belum lagi keluar citer direktor syarikat media yang nak jual posisi carta lagu satu stesen radio ni pada artis tempatan. Sapa beli iklan banyak boleh jadi #1. Mungkin satu hari ada yang bongkar.
Yes, corruption can begin even at board level and impact periuk nasi artis kita ?
— Kudsia Kahar ??, Malaysian First (@Kudsia_Kahar) February 23, 2022
“Sapa beli iklan banyak boleh jadi #1”
Dalam thread tersebut, Kudsia menyatakan adanya unsur ketidak adilan dalam kedudukan carta apabila pengarah syarikat media ‘menjual’ posisi dengan meminta artis tempatan untuk membeli iklan dalam stesen dalam radio tersebut.
Dalam tweet itu juga, Kudsia berkata hal itu sememangnya akan merosakkan periuk nasi artis tempatan.
Menerusi thread yang sama, Kudsia juga memberitahu ada juga segelintir pengarah yang meminta artis tempatan membelikan mereka barangan seperti telefon, tablet dan juga kasut jika mahu lagu mereka disiarkan dalam radio.
Masalah itu telah berlaku sejak 40 tahun lalu dan pastinya ia akan menjatuhkan industri muzik tanah air.
“Anak pengurus nak kahwin pun depa kena bagi sofa set”
Perkara ini pernah dibongkarkan pada awal tahun 1990’an dan menurut Kudsia, ia terjadi kerana pada waktu itu terdapat sebuah amalan yang dipanggil pay-for-play (PAYOLA).
When it was exposed in the early ‘90s, it was because the labels here just couldn’t afford to pay-for-play (PAYOLA) anymore. The inflated budget goes as marketing costs, artis dapat ceciput je. I was told once by a label rep, anak pengurus nak kahwin pun depa kena bagi sofa set.
— Kudsia Kahar ??, Malaysian First (@Kudsia_Kahar) February 23, 2022
PAYOLA ini merupakan sebuah sistem dimana syarikat rakaman dan artis membayar stesen-stesen radio untuk memainkan lagu mereka dan pada waktu itu kerana bajet yang agak tinggi, kebanyakan syarikat rakaman tidak dapat membayar PAYOLA.
Keadaan itu juga memaksa artis dan syarikat rakaman untuk melakukan perkara sedemikan, lebih menyedihkan lagi, para pengkarya muzik akhirnya hanya mendapat bayaran yang sangat sedikit.
Harap tidak ada lagi perkara sebegini berlaku
Kudsia juga berharap PAYOLA ini tidak ada lagi dalam industri muzik tempatan, dia juga menyatakan para artis kita sudah lama tidak membuat persembahan dan waktu begini agak sukar untuk mereka ingin mencari makan.
One last tweet to this thread – jumlah yg bermoral, beretika tu, lagi banyak dpd yg nak sogokan. Jangan anggap semua korup. Tapi akibat nila setitik…
Anyway, bantu artis kita bangkit kembali. Buy, don’t illegally download their music. Thanks for reading…
— Kudsia Kahar ??, Malaysian First (@Kudsia_Kahar) February 24, 2022
Dia juga menyarankan kepada artis tempatan jika ada mana-mana stesen radio yang inginkan ‘bayaran’ agar lagu dimainkan, cepat-cepat laporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia.
Jom bantu artis tempatan, jangan dengar lagu secara ‘haram’ ok?
Baca: Isu Babak ‘Kunyit’ Dalam Siri Stay Away From Me : JAKIM Lapor Pada SKMM

