in

“Siap hantar sejambak bunga lagi” – Pembaca Berita Wanita Dikatakan Bercinta Dengan Pengkid?

Pembaca Berita Bercinta Pengkid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengkid ialah slanga untuk tomboy atau lesbian, merangkumi gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual.

Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme.


Terbaru, terdapat satu khabar angin yang menceritakan seorang pembaca berita wanita sedang hangat bercinta dengan seorang pengkid.

Artikel berkaitan: Usik Nak Peluk Pekerja Wanita, ‘Pengkid’ Terima Kecaman Netizen

Artikel berkaitan: “Nasib baik ada jiran” – Belakang Badan ‘Berlubang’, Kanak-kanak Lelaki Dipercayai Didera Ibu & Kawan Pengkid

Pexels Anna Shvets 4557511
Gambar hiasan

Menurut laporan Utusan Malaysia, pembaca berita tersebut merupakan seorang yang berstatus janda dan mempunyai rupa paras yang cantik.

Difahamkan, hubungan penyampai berita stesen televisyen popular itu diketahui apabila pengkid tersebut menghantar sejambak bunga ke pejabatnya.

Biarpun ia nampak seperti hadiah biasa, namun nota yang tertulis ayat-ayat berbaur cinta itu menyatakan perkara yang sebaliknya, pengkid itu juga dikatakan bukanlah individu yang biasa, dia mempunyai jawatan yang tinggi dalam sebuah syarikat swasta.

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan jelas daripada mana-mana pihak berkenaan status hubungan pembaca berita tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

Hmm, harap tak betul lah khabar angin ni…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.