in

Siap Boleh Bertutur Dalam Bahasa Arab, Lelaki Warga Jepun Kongsi Pengalaman Jadi Mualaf

Bahasa Arab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjadi seorang mualaf apabila tinggal di negara yang populasi orang Islamnya adalah minoriti kerana terdapat banyak cabarannya.

Baru-baru ini seorang lelaki Jepun telah menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsi kisah hidup dan pengalamannya menjadi seorang mualaf di negara matahari terbit itu.


3 1

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Shotaro itu berkongsi bahawa dia telah memeluk agama Islam pada lima tahun lalu ketika melanjutkan pelajaran di Palestin.

Shotaro berkongsi tentang pengalamannya itu sebagai mualaf menerusi sebuah temu bual ringkas oleh saluran YouTube Takashiifromjapan.

Artikel Berkaitan: “Kalau tak kuat, saya dah telan” – Maryam Kongsi Cabaran Jadi Mualaf Ketika Puasa Di Korea

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kenapa Islam Larang Makan Babi? Mualaf Kongsi Jawapan Terbaik Jika Disoal Non Muslim

Dalam video temu bual ringkas itu, Shotaro berkongsi bahawa dia terdetik mahu memeluk Islam kerana sejak kecil lagi, dia percaya bahawa tuhan itu ada cuma dia tidak tahu dengan lebih lanjut tentang kewujudan tuhan.

Sehinggalah dia ke Palestin untuk melanjutkan pelajaran di mana dia kemudiannya memeluk agama Islam di sana.

Menurutnya, menjadi seorang Muslim yang tinggal di Jepun tidaklah begitu susah atau mencabar jika dibandingkan dengan negara-negara lain kerana dia berpendapat bahawa di negara matahari terbit itu, isu Islamophobia atau kebencian terhadap Islam tidaklah begitu teruk seperti sesetengah negara lain seperti di Eropah.

Pemuda ini juga mampu bertutur dalam bahasa Arab kerana menurutnya, dia telah belajar bahasa Arab di Jepun terlebih dahulu sebelum belajar di Palestin selama lima bulan.

Menurut Shotaro juga, dia telah berkahwin dengan wanita Palestin dan kini dia dan isterinya tinggal bersama di Tokyo, Jepun.

Sumber: YouTube TAKASHii from Japan 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.