Sebelum ini, pempengaruh dan usahawan makanan, Kieda Crepe baru-baru ini ada mendedahkan identiti suspek yang telah merompak barang kemas dalam rumahnya.
Semalam, empat suspek terbabit iaitu dua pasangan suami isteri termasuk dua adik beradik didakwa di mahkamah atas pertuduhan menyimpan harta rompak iaitu barang kemas seberat 247.65 gram milik Kieda.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama dengan niat menyimpan harta iaitu seutas gelang tangan, seutas rantai leher gantung, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher kepunyaan Kieda melalui hasil rompakan berkumpulan.
Artikel berkaitan: “CCTV Allah itu unlimited” – 4 Suspek Pecah Rumah Kieda Crepe Bakal Didakwa Di Mahkamah
Artikel berkaitan: Kieda Crepe Dedah Dalang Kes Samun, Dakwa Orang Yang Sama Rompak Kak KM
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Aman, Kepala Batas, Pulau Pinang pukul 9 malam pada 25 April lepas.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibuat ke atas mereka di hadapan hakim.
Tertuduh ada masalah kencing manis kronik
Menurut laporan, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh, namun peguam tertuduh memohon agar mahkamah membenarkan ikat jamin atas alasan tertuduh wanita mempunyai masalah kencing manis kronik dan seorang lagi mempunyai dua anak yang masih kecil. Manakala tertuduh lelaki masing-masing mempunyai pendapatan RM1,200 dan RM1,500.
Susulan itu, Hakim Noor Aini kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM18,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
“Siap angkat peace“
Menerusi video dari Sinar Harian di TikTok, tertuduh yang dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth sempat mengangkat tangan buat gaya ‘peace’ di hadapan jurukamera.
@sinarharianonline Dua pasang suami isteri tidak mengaku rompak rumah Kieda Crepe Dua pasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 Butterworth pada Rabu atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan di kediaman milik pempengaruh, Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais atau Kieda Crepe, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli. Muzik: Elevate dari www.bensound.com SinarHarian BeritaSemasa Rompak KiedaCrepe GeorgeTown
Kesemua tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan mereka tidak dibenarkan membuat permohonan pasport antarabangsa serta perlu melapor diri ke balai polis berhampiran kediaman mereka pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Selain itu, tertuduh juga tidak dibenarkan mendekati mangsa sehingga kes selesai.
Sumber: Berita Harian, TikTok