Antara servis yang sangat penting dalam kehidupan kita ialah servis mengangkut sampah, ia bukan sahaja memudahkan kerja kita malah ia juga dapat memastikan kawasan perumahan yang bersih.
Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita bertindak memarahi tukang angkut sampah hanya kerana pekerja pembersihan itu berhenti di hadapan rumahnya.
Artikel berkaitan: Ramai Netizen Terkilan Tengok Video Viral Didakwa Daging Korban Hampir 20Kg Terbuang Di Kawasan Sampah
Artikel berkaitan: Penduduk Kondominium Tak Sangka Temui Wang Tunai RM1.5 Juta Di Tapak Pembuangan Sampah
@shaharizalrizalabdullah gila itu banyak jenis dan kategori….. memang gila ahhhh
Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @shaharizalabdullah itu memaparkan wanita pertengahan usia itu memarahi pekerja pembersihan itu sambil memegang ranting kayu.
Kedengaran wanita itu menjerit dan menghalau pekerja itu selain melarang mereka untuk berhenti di hadapan rumahnya.
Menjengah ke ruangan komen, difahamkan wanita itu dikatakan marah pekerja di situ kerana berhenti makan di rumahnya namun tidak dapat dipastikan kebenarannya.
Rata-rata netizen bingun dengan kelakuan wanita itu, malah ada yang merasakan tindakan wanita itu melampau batas serta agak biadab.
Walaubagaimanapun, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan penuh berkenaan insiden itu daripada tuan punya badan.
Hmm, harap selesai elok lah ye…
Sumber: TikTok