in

“Siap baca bismillah” – Influencer Muslim Indonesia Dikecam Jamah Kulit Babi Untuk ‘Content’

Ft Influencer Islam Makan Kulit Babi Demi Content

Dalam dunia digital ini, kita lihat macam-macam jenis idea yang dibuat oleh seseorang pempengaruh atau pembikin kandungan untuk disajikan kepada warganet, ada yang kreatif, ada sangat relate dengan kehidupan harian dan ada yang jenis diluar kotak!

Bagaimanapun, ada antara mereka yang dianggap melampaui batasan sampai hilang sensitiviti dan nilai diri dek kerana content. Kisahnya ada seorang pempengaruh dari Indonesia yang beragama Islam ini sedang menjadi tumpuan netizen hingga ke Malaysia.

 

Serba salah nak jamah kulit babi, tapi demi content sanggup makan juga

Menurut sumber, pempengaruh itu terkenal dengan content bertema Bollywood, namun ada satu kandungannya ini jadi tular dimana dia mencuba sejenis kulinari tempatan bersama sepinggan nasi campur.

“Bismillah. Kerana ingin tahu, aku akan mencuba kulit babi.”

Screenshot 2023 04 05 175614

Berdasarkan perkongsian sumber lagi, wanita yang berusia 33 tahun dari Samarinda, Kalimantan Timur itu mengakui rasa seram sejuk untuk mencuba makan kulit babi.

Sambil berbual, Lina Lutfiawati ataupun lebih dikenali sebagai Lina Mukherjee ini juga turut kongsikan pengalaman bahawa ini adalah kali pertama dia makan kulit babi garing bahkan, Lina mengatakan dia pernah beberapa kali menjamah dagingnya sebelum ini.

Dia juga kongsikan pengalaman yang dianggap lucu saat termakan daging babi sewaktu melancong ke Sri Lanka ketika berusia 24 tahun.

“Aku memang tak faham bahasa Inggeris, jadi aku fikir ‘pork’ itu tepok pok pok pok. Selesai makan babi, aku tanya pada ex mana masjid.”

Screenshot 2023 04 05 175636

Jelasnya, bekas teman lelakinya juga turut mentertawakan dirinya sambil berkata :

“Lepas makan babi tanya masjid pula.”

“Ya Allah, habislah aku kena buang keluarga,” ujar Lina sambil makan sejemput nasi dan secebis kulit babi garing ke dalam mulutnya.

Dalam masa yang sama dia juga bagi review dengan kongsikan rasa sajian tersebut, dakwanya, ia rasa seperti daging lembu yang dijemur dan bertekstur keras.

“Tidak seenak yang diperkatakan orang di TikTok. Ya Allah maafkan aku, cuma content kok.”

Sambil mengeluarkan kata-kata itu, dia tersenyum sambil menunjukkan ibu jari sebagai tanda bahawa ia masih sedap. Perkongsian tersebut telah meraih lebih daripada 1,162 jumlah perkongsian di Twitter dalam masa 20 jam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan marah dengan tindakan wanita tersebut kerana dianggap tidak sensitif.

Screenshot 2023 04 05 180945 Screenshot 2023 04 05 181024 Screenshot 2023 04 05 181131

Memang orang selalu cakap bad marketing is good marketing, harap dapatlah berpada-pada, jangan sampai hilang batas dan jaga sensitiviti. Harap dapat dijadikan panduan.

Baca : “Dipaksa makan babi” – Mangsa Dedah Penderitaan Jadi ‘Hamba Moden’ Sindiket Pekerjaan Luar Negara 

Collage 57

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter