in

“Siap ada swimming pool” – Wanita Tawar ‘Inap Rahmah’ Berharga RM5 Satu Malam

collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kerajaan memulakan inisiatif Program Menu Rahmah, banyak restoran dan pasaraya besar turut serta dengan menyediakan hidangan bajet berharga RM5.

Malah banyak juga restoran yang cuba untuk menghidangkan hidangan-hidangan menarik dengan harga RM5, sekaligus membuatkan ramai kurang rasa terbeban untuk makan di luar.


Ekoran sambutan hangat Menu Rahmah ini, seorang pemilik homestay di Ayeh Keroh, Melaka, Sarasera Homestay turut terinspirasi untuk menyediakan penginapan sangat mampu milik.

Melalui Facebook, pemilik Sarasera Homestay Nurul Himmah Muhammad Kamaruzzaman telah mengumumkan bahawa beliau akan menawarkan pakej penginapan yang diberi nama “Inap Rahmah” dengan hanya RM5 semalam! Fuhhhh

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02xSaTbjVbFnkiAutd5mh8NFaExTnn5F5BnkX5qXPHFxHvW177XoDYSWSngEmJgA5Jl&id=104193452573117

Menurut Nurul Himmah, beliau mahu menawarkan pakej ini sebagai cara untuk menyokong inisiatif kerajaan dengan membantu orang kurang berkemampuan terutamanya dari golongan B40 di Malaysia.

Saya terfikir, kalau kita sudah ada Menu Rahmah, kenapa tidak saya turut membantu rakyat B40 yang mungkin tidak pernah merasai pengalaman indah bersama keluarga bermalam di inap desa ala mewah ini yang dilengkapi kolam renang pada harga cuma RM5 untuk satu malam.

“Tambahan pula, saya pernah merasai kepayahan hidup membantu ibu berniaga sayur di pasar malam selepas ayah meninggal dunia ketika saya berusia empat tahun.

“Sebab itu harap usaha kecil saya yang terhad ini dapat memberi makna yang besar kepada mereka yang benar-benar mengimpikannya.”

Untuk pengetahuan korang, Sarasera Homestay telah mula beroperasi pada Januari lalu dengan harga RM650 semalam pada hari bekerja dan RM750 semalam pada cuti umum dan hujung minggu.

Selain itu, homestay ini turut menawarkan rumah dengan penyaman udara sepenuhnya, kolam renang peribadi, tempat BBQ, WiFi dan Astro.

Namun begitu, tawaran ini hanya boleh didapati bermula Februari sehingga Mac sekiranya ada kekosongan dan tertakluk kepada beberapa terma dan syarat.

Antara syaratnya penginap perlu kemukakan dokumen pendapatan supaya usaha ini betul-betul sampai kepada kumpulan sasar kerana saya juga pernah merasai kehidupan serba kekurangan.

“Niat saya mahu keluarga besar mereka, mungkin 10 atau 15 orang berkumpul bersama menikmati kemudahan kolam renang sambil mengadakan BBQ yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.”

Kalau korang nak buat tempahan, korang boleh pergi ke Facebook Sarasera Homestay atau hubungi 019-6003234 (Ema) atau 012-6943234 (Yaya).

Sumber: Malaysia Gazette

 

Baca: Kaitkan Menu Rahmah Boleh Jadi Punca Penyakit, Ini Respon Padu Bos Mydin

menu rahmah punca penyakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.