in

Shuhada Dakwa Ada Saksi Nampak Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Di Bazar Ramadan?

Hafidz Roshdi Bazar Ramadan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada masih belum berakhir.

Terbaru, menerusi Harian Metro, Nurul Shuhada mendakwa telah menerima banyak direct message (DM) di media sosial miliknya yang mendakwa ada saksi ternampak Hafidz Roshdi serta wanita yang dikatakan punca kemelut rumah tangga mereka iaitu, Athira Yuhada.


“Maaf saya tidak boleh bercakap banyak mengenai isu ini. Cuma tidak dinafikan saya ada menerima beberapa mesej di Instagram bahawa terlihat kelibat mereka di bazar Ramadan yang membuktikan mereka masih berhubung,” katanya.

Cats 13

Shuhada menyatakan, dia serta peguamnya turut menyiasat info yang diberikan kepadanya menerusi ruangan DM itu bagi menyokong tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap mereka.

Sebelum ini, Shuhada ada mengesahkan dia ada terima tuntutan fitnah melalui surat peguam Athira dan difahamkan peguamnya telah membalas surat tersebut.

” Kami juga akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya.

Selain itu, terdahulu Shuhada dalam sebuah posting Instagram memaklumkan, Athira memfailkan satu tuntutan saman terhadapnya susulan kenyataan yang dimuat naik pada 15 Februari lalu.

Menurut Shuhada, saman yang diterima daripada wanita itu ibarat ujian yang bertubi-tubi menimpanya.

Baca: “Dia cuma tak boleh jumpa saya” – Nurul Shuhada Tak Larang Hafidz Roshdi Jumpa Anak-anak

Nurul Shuhada Tak Larang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.