in

Sharnaaz Ahmad Bengang Penerbit Tamak ‘Lenjan’ Artis & Kru Kerja Sampai 20 Jam

ft sharnaaz ahmad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ramai yang tahu bahawa industri perfileman adalah salah satu industri pekerjaan yang paling penat, ini kerana call time yang tidak menentu dan set penggambaran yang berbeza-beza.

Namun, ada segelintir individu yang masih tidak mengendahkan perkara tersebut demi mengejar waktu yang singkat untuk menyiapkan suatu penggambaran. Cuba korang bayangkan kalau kerja 14 jam hari-hari sure penat kan?


Baru-baru ini, melalui sebuah Instagram story daripada selebriti tanah air, Sharnaaz Ahmad, dia meluahkan rasa tidak puas hati dengan produksi yang menyuruh kru mereka kerja lebih masa sehingga 20 jam.

SHARNAAZ 2

Minta FINAS ambil tindakan

Sharnaaz berkata, tindakan produksi mempraktikkan budaya ‘lenjan’ artis dan kru penggambaran itu sudah tidak releven lagi untuk dilakukan pada tahun 2022.

Tambahnya lagi, perkara tidak masuk akal itu perlu dipantau oleh FINAS dan sepatutnya menghalang mereka daripada mendapat lesen untuk meneruskan kerja-kerja penerbitan.

“Macam mana mereka ni semua layak dapat lesen untuk buka syarikat produksi? FINAS sila pantau… Apa pun bukan di set aku. Kalau set aku, memang kena tendang penerbit dan pengarah tu,” luahnya menerusi Insta story.

WhatsApp Image 2022 12 27 at 16

Bintang Juvana itu turut mendesak persatuan membabitkan penggiat seni untuk tampil menyelesaikan isu kerja lebih masa yang melampau ini dengan kadar segera.

Dia memberitahu, jangan disebabkan kedegilan syarikat produksi demi menjimatkan kos, semua orang yang terlibat dalam penerbitan itu ditekan sebegitu rupa.

“Producer tamak nak jimat kos, laksanakan penggambaran lebih masa, artis dan kru tak mampu nak buat yang terbaik sebab penat dan penerbit tarik muka,” katanya.

“Kalau nak lajak 14 jam boleh, tapi jangan hari-hari” – Sharnaaz

Screenshot 2022 12 28 170425

Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu menyatakan dia masih menerima kerja lebih masa, namun bukan secara melampaui batasan atau setiap hari dikerah sedemikian.

Susunan jadual yang lebih tersusun serta sokongan teknologi moden juga harap dapat membantu mengurangkan tempoh menunggu di set serta para pelakon dan kru pula harus dibayar ‘overtime’ selepas 12 jam bekerja.

Situasi peralihan ke fasa endemik yang membuatkan segelintir penerbit menggesa kerja penggambaran yang tertangguh selama dua tahun itu mampu mendatangkan tekanan dan insiden tidak diingini kepada kru dan pelakon yang terlibat.

Sumber : Kosmo, Berita Harian, mStar

Mak aih 20 jam shoot? Betul rabak tu macam tu..

Baca : “Jaga tepi kain orang” – Disuruh Kahwin Semula Dengan Noor Nabila, Sharnaaz ‘Sound’ Netizen

sharnaaz nabila emran 758x399 1

Sumber: Kosmo
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.