Macam yang korang sedia maklum, negara kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tak membenarkan aktiviti rentas negeri kalau bukan atas urusan kecemasan selain perlu dapatkan permit daripada pihak polis.
Larangan rentas negeri ini buatkan ramai ibu bapa yang rindukan anak-anak mereka yang sudah lama tidak berjumpa sebab mereka masih tidak berpeluang untuk pulang ke kampung.
Satu video yang menyayat hati dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok bernama Haifaa29 yang menceritakan kisah kakaknya yang telah meninggal dunia selepas setahun tidak berjumpa akibat larangan rentas negeri. Dalam video itu, korang dapat tengok yang ayah dia rasa bersalah dan sebak sangat sampai korang pun rasa nak menangis sekali.
Video yang telah dimuat naik pada 23 April ini telah mendapat lebih 500 ribu tontonan dengan hampir 30 ribu likes dan lebih 300 share.
@azizuehaifaa29 Al-Fatihah untuk Along ??❤️ #fyp #pageforyou #powerAwesome #ramadhan2021
Setahun tak berjumpa
Difahamkan, mereka sudah terpisah hampir setahun tak berjumpa dan kalau ikutkan perancangan, kakaknya akan pulang dari Terengganu lagi sehari sebelum kakaknya meninggal dunia akibat menanggung kesakitan. Namun, apakan daya, kita hanya mampu merancang.
Korang boleh bayang tak perasaan ibu bapa dia yang sudah tunggu setahun nak jumpa anak diorang, tapi tak ada rezeki kerana sudah bertemu ajal.
Korang boleh tengok dalam video betapa sedihnya ayah dia bila dapat tahu tentang kematian anaknya itu. Sampai terpaksa berhenti kereta dekat tepi jalan sebab tak dapat tahan sebak.
Haifaa yang sebagai anak pun sedih bila tengok ayah dia sedih macam itu. Dia berharap ayahnya dapat terus kuat meneruskan kehidupan.
Ibu bapa mana yang tak sedih bila dapat tahu anak yang mereka besarkan sudah ‘pergi’ dahulu sebelum mereka. Sama-sama kita doakan arwah wanita itu ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin….
Sumber: Haifaa29