in

Seronok Sangat Buat ‘Superman’ Dekat Highway Duke, 2 Remaja Kena Denda Jalani Khidmat Masyarakat 120 Jam

Rempit E1622863426476

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menunggang motosikal secara melulu dengan mempamerkan lagak ala ‘Superman’ dan ‘Wheelie’ kembali menjadi rutin mat rempit pada hari cuti dan hujung minggu. Ada diantara mereka mengambil kesempatan dengan menggunakan kelonggaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk kembali berlumba secara haram.

Terbaru, dua remaja yang menunggang motosikal secara melulu sambil membuat aksi favourite mat rempit iaitu ‘Superman’ diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam oleh Mahkamah Majistret hari ini.


Menurut Sinar Harian, dua remaja tersebut Mohammad Amirul Ikmal Abdul Sham, 20 dan Muhammad Zahiruddin Anuar, 19, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.

Road Superman Nstfield Image Socialmedia.var 1547859729

Mereka didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah supaya dijatuhi hukuman yang minimum. Dua remaja itu yang bekerja sebagai pelayan restoran makanan segera itu  diperintah membayar denda  RM2,000 dengan satu penjamin selain hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen selama dua tahun.

Remaja itu ditahan selepas pihak polis yang melakukan Op Samseng Jalanan di Lebuhraya DUKE ternampak motosikal yang ditunggangnya secara melulu dan berbahaya sambil melakukan aksi ‘Superman’ lapor Sinar Harian.

Baca: Minah Rempit Tingkatan 5 Serah Diri Lepas Aksi ‘Superman’ Guna Motor Pakcik Viral Di Media Sosial

F.b 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.