Hari pertunangan antara hari yang bermakna bagi seseorang individu, pastinya mereka mahukan majlis yang berjalan dengan lancar tanpa cacat cela.
Barang hantaran antara aspek terpenting dalam majlis pertunangan, antara barangan yang biasanya digunakan adalah seperti beg tangan, aksesori dan makanan seperti kek atau buah-buahan.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi hari pertunangannya bertukar sedih apabila kek yang dipesannya tidak seperti yang diinginkan.
https://www.tiktok.com/@ainnvabilv/video/7080554553493441818?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370
“Tak payahlah menangis, benda boleh repairlah”
Difahamkan, wanita itu memesan kek dengan hiasan yang diinginkan kemudian penjual kek itu bersetuju dan mengakui dia boleh membuat hiasan seperti itu.
Setelah mendapat kek yang dipesan, hiasannya terlalu teruk dan tidak seperti yang wanita itu mahukan, lebih memeritkan penjual kek itu berkata ia hanyalah masalah kecil dan boleh dibaiki.
Ibarat tikus membaiki labu, selepas kek itu dibaiki rupa kek tersebut menjadi lebih teruk dan semstinya ia tidak padan dengan harga RM 200.
Sampai sekarang belum minta maaf
Dalam ruangan komen, tunang kepada wanita itu berkata kedai kek itu terletak di Ipoh, Perak dan sehingga sekarang masih belum ada permohonan maaf daripada seller tersebut.
“Kedai cake ni di ipoh ye. Harap warga ipoh semua berhati hati. Sampai sekarang sikit kata maaf pun tak diterima, akhirnya dia block tunang saya.”
Wanita itu juga berkongsi dia amat sedih dengan perkara itu sehingga menangis pada majlis itu tetapi ditenangkan oleh tunangnya itu.
“Kalau saya pun nangis kek macam ni”
Rata-rata netizen turut marah dengan insiden tersebut, ramai juga yang berkongsi pengalaman hampir sama dan ada juga yang mencadangkan wanita tersebut hanya perlu beli kek di kedai kek biasa, lebih berbaloi.
Harap-harap dapat tahu lah siapa seller tu, takut jugak orang lain terkena…
Baca: “Lupa letak titik kot” – Netizen Pelik Seller Jual Baju Bundle RM890 Tapi Ada Orang Beli