Siapa sahaja yang tak kenal dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Sering kita dapat lihat dia memberi bantuan bagi yang memerlukan di seluruh negara.
Ustaz Ebit Lew juga sering dijadikan contoh oleh orang ramai kerana menunjukkan sifat sebagai seorang suami dan ayah yang bagus.
Dia juga boleh dikatakan sebagai seorang yang sweet kerana selalu menghargai isterinya dan kita dapat lihat daripada video-video di Instagram dan di akaun TikToknya.
Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew ada memuat naik sebuah video dimana dia memberi sejambak bunga kepada isterinya ketika pulang ke rumah. Ternyata video tersebut telah mendapat perhatian warganet diatas kasih sayang yang ditunjukkan kepada isterinya.
“I love you sayang bidadariku”
@ustazebitlew i love you sayang bidadariku
Di dalam posting di Instagramnya pula dia menyatakan dia baru menggunakan akaun TikTok dan banyak mempelajari dengan merujuk kepada pelakon Aeril Zafrel.
Perkongsian ustaz itu turut mendapat perhatian Aeril dan turut memuji sikap romantis ditunjukkan pendakwah kesayangan ramai ini dan mendakwa dirinya juga baru belajar menggunakan aplikasi tersebut.
Kita doakan semoga Ustaz Ebit Lew dimurahkan rezeki selalu.