in

Serangan Tikaman Rawak Di Kaunter Pembayaran, 11 Orang Cedera

Tikaman Rawak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suatu serangan tikaman rawak berlaku di pasar raya Walmart, Traverse City, Amerika Syarikat, pada Sabtu telah mengakibatkan 11 orang cedera.

Menurut Polis Negeri Michigan, kejadian berlaku sekitar jam 5 petang di kawasan pembayaran layan diri. Suspek, seorang lelaki tempatan tanpa rekod jenayah telah berjaya ditahan di tempat kejadian tanpa sebarang kecederaan.


Senjata yang digunakan adalah pisau lipat.

Screenshot 2025 07 27 at 1.25.35 PM

Artikel berkaitan: Ahli Farmasi Dari Malaysia Maut Ditikam Di Melbourne

Artikel berkaitan: Individu Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Ditikam Kerabat Diraja Pahang

Memetik laporan Astro Awani, kesemua mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Munson dan sebahagiannya dirawat di unit rawatan intensif. Pihak berkuasa telah mengisytiharkan kejadian ini sebagai Insiden Kecederaan Besar Tahap 2.

Kawasan sekitar Walmart kini ditutup sementara siasatan dijalankan oleh Pejabat Sheriff Grand Traverse County. Orang awam dinasihatkan menjauhkan diri daripada lokasi buat masa ini bagi melancarkan kerja pasukan keselamatan.

Walmart dalam kenyataan ringkas berkata mereka komited membantu pihak berkuasa dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berwajib.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.