Ngeri dan seram!
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seekor ular sawa bersaiz gergasi didakwa ditemui di sekitar kawasan Elmina, Shah Alam.
Menurut video yang dikongsikan @yayaazmi, ia memaparkan reptilia berkenaan sedang menyusur di satu kawasan berbukit semasa ia dirakam oleh penduduk setempat.
Ular sawa/anaconda jumpa dekat area Elmina ??? Recorded by one of the residents & posted dalam group community Denai Alam. Seraaaam weh besar camni, bukan takat orang ni lembu kambing pun dia telan je ni ?
taktau la apa latest update tapi harap dah jumpa la sbb scary!!!! pic.twitter.com/ws1TKOUEQ5
— ???? ???? ♡ (@yayaaazmi) July 22, 2023
Sungguhpun begitu, menerusi satu update terbaharu darinya, ular berkenaan katanya telah ditangkap oleh pihak Perhilitan, namun tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu.
“Hope settle secepat mungkin, besar ni”
Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang seram dengan penemuan haiwan reptilia itu. Rata-rata berharap ia sudah tangkap oleh pihak berkuasa.
Pun begitu, menerusi satu kenyataan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mereka tidak menerima sebarang laporan atau panggilan kecemasan mengenai ular gergasi berkenaan.
Malah ada di kalangan netizen juga mendakwa saiz ular tersebut tidaklah sebesar yang disangkakan ramai.
“Size yang sebenar dari info penduduk di sana, mungkin video tersebut diambil dengan mode zoom kerana nampak imagenya tidak stabil dan ia nampak seperti besar begitu,” kata seorang netizen di Twitter.
Harap-harap dah kena tangkaplah ye ular tu. Risau min tengok.
Baca: Sebab Nak Buat Tuntutan Dengan MBSA, Mangsa Halang Bomba Alih Pokok Hempap Keretanya