Nirvana. Antara band paling berpengaruh suatu ketika dahulu dan sehingga kini nama mereka masih terpahat di hati para peminat. 5 April 1994, tarikh keramat diingati para peminat industri hiburan antarabangsa terutamanya penyokong tegar band tersebut.
Penyanyi utama Nirvana, Kurt Cobain ditemui mati dalam sebuah bilik dekat rumahnya di Seattle. Mayatnya dijumpai oleh tukang elektrik, Gary Smith yang ketika itu mahu memasang sistem keselamatan.
Pada mulanya, Gary sangka Kurt sedang tidur namun terkejut apabila ternampak picu selaras senapang diarahkan ke dagunya.
Tidak bunuh diri tapi dibunuh?
Kurt Cobain dilaporkan membunuh diri namun kematiannya masih menjadi tanda tanya meskipun selepas 24 tahun tragedi itu berlaku.
Terdapat beberapa teori yang timbul hingga membuatkan ramai yakin bahawa Kurt sememangnya tidak membunuh diri. Antara teori yang paling hangat diperkatakan adalah:
1. Tiada cap jari pada senapang
Menurut laporan siasatan, tiada cap jari dijumpai pada senapang walhal ketika mayat dijumpai Kurt tidak memakai sarung tangan.
2. Kad kredit digunakan selepas kematian
Kurt ditemui mati pada 5 April namun pada 6 April, terdapat rekod penggunaan kad kredit Kurt. Namun ada yang mengatakan tarikh penyata merupakan adalah tarikh kad itu dicaj bukan tarikh ia digunakan.
3. Nota bunuh diri
Tiada klu atau tanda bunuh diri dijumpai pada nota tersebut sehinggalah pada 4 baris terakhir nota itu yang menarik perhatian.
Menurut ramai pakar yang analyse nota tu, keputusan mereka tidak sama rata di mana ada yang berkata tulisan itu adalah sama namun ada juga yang berpendapat pada 4 baris terakhir bukanlah tulisan Kurt sebaliknya ditambah oleh orang lain.
4. Kandungan heroin yang terlalu banyak dalam badan
Ada pertikaian berlaku selepas heroin dan valium dijumpai dalam sistem badan Kurt. Menurut mereka bukan sahaja dia tidak mampu menarik picu, tapi juga jumlah bahan itu sendiri yang terlalu banyak sudah cukup mampu untuk membunuhnya.
Apa pun, Nirvana memang one of the best bands!