Seorang wanita telah ditahan polis selepas dia memandu secara melulu dan berbahaya di persimpangan Jalan Imbi-Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Wanita yang berusia 38 tahun itu bukan sahaja memandu secara berbahaya, malah dia juga dilaporkan cuba melanggar anggota polis trafik yang mengarahkannya untuk berhenti.
Dia dipercayai cuba melanggar anggota trafik itu kerana mahu melarikan diri setelah enggan berhenti meskipun diarahkan untuk berbuat demikian.
Memetik laporan Sinar Harian, video tentang kejadian tersebut telah tular di media sosial beberapa hari lalu.
Artikel berkaitan: Rim Besi Dari Tayar Lori Yang Dipercayai Jadi Punca Kemalangan Di Ayer Keroh Ditemui Polis
Artikel berkaitan: Lelaki Putus Dengan Kekasih Kerana Bimbang Jadi Kudung Lepas Kemalangan, Namun Tanpa Disangka…
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.15 petang beberapa hari lalu dan wanita tesebut juga telah memotong barisan laluan.
Wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis dan untuk siasatan lanjut, telah direman selama dua hari.
@mhmmdjuraih Sister myvi tu ingat dia kebal kot. main langggaaaarrrr ja. Yang penting stand for abang trafik. Dia juga manusia.
Sumber: Sinar Harian