Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Naim Daniel telah membuat laporan polis setelah ada seorang individu yang memuat komen berunsur ugutan yang mahu mengancam nyawa ibu dan bapa Naim di media sosial.
Difahamkan, komen tersebut ditulis oleh individu tersebut setelah Naim menegur segelintir netizen yang terlalu obses dengan gerakan boikot sehingga menghina.
Memetik laporan Harian Metro, susulan laporan polis tersebut, seorang lelaki telah ditahan di Kemunting, Perak petang semalam.
Menurut pihak polis, telefon bimbit suspek yang berusia 24 tahun itu juga turut dirampas kerana dipercayai telah digunakan untuk memuat naik komen itu.
Artikel Berkaitan: “Allah Maha Besar” – Naim Daniel Buat Laporan Polis Lepas Terima Ugutan Ancam Nyawa Ibu Bapa
Artikel berkaitan: “Tak semua orang perlu buat podcast” – Naim Daniel Bidas Pempengaruh Anggap SPM Tak Ada Nilai
Difahamkan juga, suspek buat masa ini telah direman selama empat hari sehingga 21 Mei ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk lebih tertib dan beradab ketika menggunakan media sosial.
Sumber: Harian Metro