Dua orang individu terpaksa berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terkena bongkah batu yang dibaling dari stesen Monorel Imbi.
Kejadian berlaku ketika kereta yang dinaiki mereka itu sedang melalui stesen pengangkutan awam itu di Jalan Imbi, Kuala Lumpur semalam.
Seorang lelaki kemudiannya telah ditahan pihak polis gara-gara membaling batu dari stesen monorel Imbi ke kenderaan tersebut yang berada berdekatan di stesen pengangkutan awam itu.
Memetik laporan Sinar Harian, individu yang ditahan itu merupakan seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun
Artikel berkaitan: Pokok Besar Tumbang Hempap Kenderaan & Landasan Monorel, Seorang Dilapor Meninggal Dunia
Artikel berkaitan: Amal Selawat 1,000 Kali Sehari, Ramai Sebak Lihat Rakaman Dashcam Detik-detik Sebelum Kejadian Pokok Tumbang
Difahamkan, ketika kejadian yang berlaku pada sekitar jam 1 tengah hari Sabtu itu, mangsa terdengar dentuman dari belakang kereta yang dinaiki.
Mangsa dan teman lelakinya kemudiannya mendapati batu-bata itu telah dibaling oleh seorang individu dari atas stesen monorel berkenaan.
Lelaki itu juga telah ditahan reman oleh polis selama tiga hari untuk membantu siasatan, lapor Astro Awani.
Sumber: Sinar Harian