in

“Seorang diri bermundar-mandir” – Rakaman CCTV Dedah Kelibat Nidza Afham

Nidza Afham Rakaman Cctv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Abang ipar kepada Allahyarham Muhammad Nizda Afham Mokhtar iaitu Effie Amron memaklumkan pihak keluarga sudah menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan sekitar Klang yang dilalui penyanyi itu.

Menurutnya, premis kedai di sepanjang jalan di lokasi yang dilalui Nidza Afham memberikan kerjasama membantu memberikan rakaman CCTV.


“Nampak CCTV dia masuk kedai serbaneka beli air, lepas itu dia keluar minum, lalu tepi,” katanya.

Artikel berkaitan: “Kalau bukan sebab Mira, kami tak tahu abang hilang” – Aufahanie

Artikel berkaitan: “Berkatalah benda yang baik” – Abang Ipar Nidza Afham Minta Netizen Henti Buat Spekulasi Tentang Arwah

2767592

Jelasnya, ahli keluarga mencari semua CCTV dan ternampak kelibat arwah dari Stadium Sultan Klang ke Jambatan Kota.

“Video CCTV akhir dekat jambatan, tapi kami tak dapat tengok, cuma dimaklumkan pihak polis memberitahu dia (Nidza) seorang diri bermundar-mandir,” katanya dalam satu rakaman video di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam.

Katanya lagi, sebelum kejadian adik iparnya itu sememangnya pergi berjoging ekoran ada maklumat dalam telefon pintar rekod joging kira-kira tiga kilometer.

Petang semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kes kematian Nidza Afham diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) selepas punca kematian pending laboratory investigation dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu dengan menyalurkan maklumar kepada IPD Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.