Kerja-kerja membersihkan rumah boleh menjadi perkara yang amat memenatkan. Apatah lagi sekiranya lantai rumah perlu digilap supaya kelihatan berkilat. Ada satu solusi yang membuatkan orang ramai terpegun dengan cara menggilap lantai. Tular satu video seorang wanita menggilap lantai menggunakan mesin pemotong rumput.
Korang boleh tengok video @danny7867 dibawah.
@danny7867
Artikel berkaitan: Ugut Bunuh Rakan Sebab Tak Kemas Rumah, Lelaki Didenda RM4,000
Artikel berkaitan: Bekas Penyanyi K-Pop Kumpulan TEEN TOP Kini Lebih Bahagia Jadi Pemotong Rumput
Senang banyak buat macam ni
Rata-rata netizen terpegun dengan cara wanita ini menggunakan mesin rumput untuk menggilap lantai dirumahnya. Dengan cara macam ni lebih mudah dan cepat untuk buat lantai berkilat, tak perlu nak sental guna tangan sampai sakit pinggang.
Benda boleh buat. Jangan terkejut nanti kalau-kalau ada orang yang polish kereta guna mesin rumput. Konsep dia sama macam guna buffer machine, pusing-pusing terus berkilat.
Dah dapat idea lepas tengok video ni, mungkin boleh cuba nanti. Orang Malaysia ni memang kreatif, mesin rumput pun boleh guna jadi mesin penggilap dalam rumah.
Mungkin lepas ni boleh try dekat rumah sendiri. Cuma kalau ada yang elektrik lagi bagus. Risau pulak enjin mesin rumput tu keluarkan asap banyak-banyak. Tercemar udara dalam rumah nanti.
