Masanya telah tiba. Bermula dengan iPhone, kini kebanyakan syarikat-syarikat besar dalam pengeluaran telefon pintar terutamanya yang ‘high-end’ dikhabarkan tidak lagi sertakan pengecas yang biasanya disertakan dalam kotak setiap telefon yang dijual.
Difahamkan langkah ini dilakukan adalah ‘masuk akal’ selain ianya selaras dengan perkembangan sudut ekonomi dan dalam masa yang sama lebih ‘mesra alam’ dari sudut ekologi.
Trend penjualan telefon pintar tanpa pengecas ini seperti yang umum ketahui dimulakan oleh Apple bermula dengan penjualan iPhone tanpa pengecas pada tahun 2020 dan difahamkan turut diikuti oleh beberapa lagi jenama seperti Samsung, Xiaomi dan Google pada 2021.
Difahamkan, polisi ini bakal menjadi ‘kebiasaan’ dan sekarang ini pun ada banyak pengeluar dah tak sertakan lagi pengecas pada setiap produk baru mereka, termasuklah yang tidak tergolong dalam kalangan atau status telefon ‘high-end’.
Sebagai contoh, untuk model-model yang bakal dilancarkan oleh Samsung pada tahun ini seperti Galaxy A13, A23, M23 dan M33 dikhabarkan tidak lagi disertakan dengan pengecasan dan antara rantau yang terlibat adalah Eropah.
Bahasa mudahnya, selepas ini kalau korang beli smartphone, charger akan dijual secara berasingan. Kalau nak, kena beli. Tapi, dari sudut harga, berkemungkinan besar akan ada pengurangan lah.
Konsep yang diterapkan disini adalah mereka ingin pengguna memanfaatkan sepenuhnya penggunaan pengecas lama yang biasanya masih berfungsi dengan baik untuk mengecas telefon baru tersebut. Melainkan, korang bertukar daripada Android ke iPhone lah. Itu memang tak dapat nak elakkan, terpaksa beli pengecas baru.
Disini, ada dua pihak yang akan dapat keuntungan iaitu pengguna, dimana harga telefon pintar ini boleh dimiliki lebih murah manakala kepada pengeluar, mereka dapat kurangkan berat dan kos pembungkusan.
Dari sudut ekologi pulak, difahamkan langkah ini setidaknya dapat mengurangkan pembaziran produk, kerana pengeluar sedar yang mereka telah mengeluarkan atau memberikan terlalu banyak pengecas secara percuma.
Secara tak langsung, ada pengecas ini langsung tidak digunakan dan masih banyak tersimpan didalam laci kerana pengecas lama masih berfungsi dengan baik dan menyokong pengecasan pelbagai peranti.
Min setuju dengan perkara ni, sebab sekarang charger dan bateri agak tahan berbanding dulu. Memanjang nak kena beli bateri spare. Hihi~
Baca : Bahaya! Ini Sebab Korang Tak Patut Cas Telefon Sambil Tidur