Hujung minggu lepas, kecoh di media sosial tentang seorang penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander yang ditamatkan kontrak kerjanya secara tiba-tiba. Melalui Instagram, Tyzo juga ada menyatakan rasa sedih kerana diberhentikan kerja dari stesen radio itu.
Namun, baru-baru ini seorang individu yang juga peminat nombor satu Tyzo, dia bermurah hati untuk menaja percutian untuk bekas penyampai radio Suria FM itu ke salah satu negara di Eropah.
@razijamit Harap sampailah video ni kat abang Tyzo.. @tyzo X xander
Nak bawa Tyzo pergi healing
Bersimpati dengan ujian yang ditimpa Tyzo, individu yang bernama Razi Jamit itu bercadang mahu membawa Tyzo melancong ke beberapa buah negara sama ada Iceland, Norway, Switzerland ataupun New Zealand. Menurut Razi yang juga seorang pemandu pelancong, dia mahu penyampai radio kegemarannya itu menenangkan fikiran sebelum mula bekerja semula.
Saya sebagai peminat nombor satu abang Tyzo, saya ingin bawa abang Tyzo pergi healing, travel. Dekat sana sekarang musim salji, jadi boleh main salji, tengok aurora.
Artikel berkaitan: Ramai Terkejut Tyzo Didakwa Berusia 59 Tahun, Ini Rupanya Umur Sebenar Bekas Penyampai Suria FM
Artikel berkaitan: “Saya masih lagi mahu bekerja” – Tidak Lagi Bersama Dengan Suria FM, Tyzo Luah Perasaan Di Instagram
Tujuannya supaya dapat relax, healing. Lupakan sekejap pasal kerja. Saya tahu abang Tyzo hardworking dan komited terhadap kerja.
Semua dah settle, tinggal bawa baju dengan pasport
Tambah Razi, jika Tyzo bersetuju dengan tawarannya itu, dia akan menyediakan semua keperluan ketika bercuti. Tyzo hanya bawa baju dan pasport sahaja.
Abang Tyzo tak perlu nak pening-pening fikir. Saya dah siapkan semua dari A sampai Z. Ambil beg baju.. pasport. Kalau abang Tyzo on esok, esok juga saya boleh bawa abang Tyzo pergi jalan.
Niat saya baik, saya nak bawa abang Tyzo jalan-jalan release tension.
Razi berkata, dia sudah menghubungi Tyzo melalui Instagram tetapi belum lagi dibalas. Oleh itu, dia meminta orang ramai share video tersebut.
Di ruangan komen, bekas penyampai radio Suria FM itu berterima kasih kepada Tyzo kerana ingin menaja percutian tersebut. Netizen yang lain juga mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.
Alhamdulillah.. murah rezeki abang ni sponsor Tyzo
Sumber: TikTok