in

“Semua golongan berhak memohon” – Rita Rudaini Tak Setuju Alasan T20 Masuk MRSM Untuk Belajar Erti Kesusahan

Ritrud Tegur Mrsm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh diperkatakan semalam berkenaan pendedahan Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof yang berkata, kebanyakan golongan kaya (T20) menghantar anak mereka ke MRSM atas sebab untuk mengajar tentang kesusahan hidup.

Menurutnya, golongan ini juga melihat institusi tersebut sebagai tempat yang sesuai untuk anak mereka bergaul dengan pelajar lain dari pelbagai latar belakang.


“Nak belajaq susah… kat rumah kebajikan pon boleh” 

Kenyataan terbabit juga telah mendapat perhatian pelakon, Rita Rudaini yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

Menurutnya, alasan berkenaan tidak boleh digunapakai kerana jika ibu bapa pelajar tersebut mahu anaknya belajar erti kesusahan, dia boleh saja belajar di tempat lain termasuklah di rumah kebajikan.

Bahaya ‘alasan’ macam ni cek oiii… Nak belajar susah banyak lagi tempat boleh hantar. Dekat rumah kebajikan pun boleh. 

“Aduh statement memang mengundang masyarakat bergaduh,” katanya.

Img 4552

Tambah Rita lagi, MRSM adalah sebuah institusi yang dikhaskan untuk budak-budak pintar dan cara untuk belajar erti kesusahan yang sebenar adalah dengan ‘siapa yang malas belajar dia akan ketinggalan’. 

“Siapa yang wujudkan, dialah yang merosakkan anak bangsa” 

Rita juga dengan sinisnya menegur tindakan sesetengah pihak yang mewujudkan unsur kuota atau ‘puak-puak’ yang menurutnya bakal mewujudkan ketidaksefahaman dan perpecahan.

Malah perkara ini juga katanya bakal memberi kesan kerosakan kepada anak bangsa dan semua orang yang layak seharusnya berhak memohon masuk ke MRSM.

Img 4554

Img 4553

Rita Rudaini yang sememangnya lantang dalam menyuarakan pendiriannya juga telah membuat teguran baru-baru ini mengenai isu dia menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan dan dikatakan telah mengambil hak golongan kurang berkemampuan.

Apa pendapat korang mengenai statement Rita ni? Macam betul juga kan… 

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.