Menjelang bulan-bulan hampir akhir tahun ni, Min yakin mesti ramai pasangan yang ingin menghalalkan hubungan mereka dengan melangsungkan perkahwinan.
Biasanya lepas majlis persandingan, pasangan pengantin baru akan pergi ambil gambar outdoor di ruang-ruang lapang dengan persekitaran yang cantik, kan? Tapi pernah tak korang dengar pengantin baru singgah pasar malam lepas bersanding?
Baru-baru ini, tular di laman Tiktok pengguna @amir_firdaus8 berkenaan sepasang pengantin baru yang lengkap berpakaian serba putih singgah ke sebuah pasar malam dengan ‘selamba’.
Menariknya, kehadiran pasangan tersebut siap disambut dengan lagu pengantin baru serta paluan kompang yang dipasang melalui pembesar suara pasar malam tersebut. Sporting betul abang DJ kat sana, siap wish selamat pengantin baru lagi!
Menurut pemilik video itu lagi, ada juga peniaga yang bermurah hati menghadiahkan makanan percuma kepada mereka. Murah rezeki diorang ni.
Perkongsian lanjut dari pemilik klip tersebut turut melihatkan mereka sudah mengambil gambar outdoor dengan set pakaian yang sama dan dijangka singgah ke pasar malam selepas sesi tersebut.
Rata-rata netizen di ruangan komen berseloroh mengatakan pasar malam tersebut sebahagian dari kenduri pihak pengantin.
Ramai juga yang teringin untuk melakukan benda sama di hari istimewa mereka nanti. Haa… apa lagi?
Apa-apa pun, Min ucap selamat pengantin baru pada pasangan ni! Semoga berkekalan hingga anak cucu, okay?
Sumber: Tiktok
Baca: “Sumpah comel!”- Gadis Punya Nervous Mak Mertua Nak Sarung Cincin Sampai Nangis