Ketika umat Islam sibuk merebut pahala di 10 malam terakhir Ramadan, dua beradik selebriti popular, Bella Astillah dan Didi Astillah, dilihat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi perkongsian di Facebook, ibu mereka, Siti Zarina Astillah, meluahkan rasa syukur serta menitipkan doa agar segala urusan anak-anaknya dipermudahkan.
“Ya Allah, apa saja yang terbaik untuk anak-anak ku, permudahkanlah. Selamat menunaikan ibadah umrah. Semoga umrah yang mabrur buat anak-anak mama,” tulisnya.
Namun yang lebih mencuri tumpuan netizen, ialah kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang turut kelihatan di KLIA menghantar Bella berlepas ke Tanah Suci.
Malah, jenama fesyen PrimaValet turut memuat naik video Saddiq menemani Bella di lapangan terbang pada awal pagi.
Sudah tentu kemunculan Saddiq itu sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen, yang memang sejak akhir-akhir ini semakin ‘merestui’ hubungan mereka berdua!
Artikel berkaitan: Puteri Sarah Pinjamkan Guard Untuk Bella Astillah Sebab Risau
Artikel berkaitan: Hadir Ke Mahkamah Untuk Bagi Sokongan, Syed Saddiq Anggap Bella Astillah Wanita Luar Biasa

Pasangan ini sebelum ini dilihat kerap meluangkan masa bersama, termasuklah mendaki Gunung Kinabalu, memasak bersama, berjoging dan menghadiri pelbagai acara.
Semua momen manis itu menambah lagi spekulasi bahawa hubungan mereka mungkin lebih daripada sekadar kawan.
Bagi yang mungkin baru mengikuti, Bella Astillah sebelum ini pernah menjadi perhatian selepas rumah tangganya bersama pelakon Aliff Aziz dilanda pelbagai ujian.
Mereka berkahwin pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, sebelum Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac 2024.
Manakala Syed Saddiq pula merupakan ahli politik muda dan bekas Menteri Belia dan Sukan. Dalam diam, ramai yang mengagumi sisi ‘family man’ beliau, terutamanya sejak kerap dilihat rapat dengan keluarga Bella.