Secara logiknya, bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam untuk pergi dan pulang dari kerja, pastinya pakaian lengkap sudah dipakai termasuklah menggantungkan lanyard dan ID pekerja untuk akses masuk.
Bagaimanapun, mulai saat ini, kita perlu ambil langkah berhati-hati untuk tidak sewenang-wenangnya menayang ID dan lanyard tersebut terutamanya jika turun di stesen utama seperti di KL Sentral kerana individu yang dikenali sebagai @JimHesnen menyatakan bahawa mungkin korang menjadi ancaman pukau duit, lebih-lebih lagi musim-musim dapat gaji ni.
Pura-pura tanya arah jalan
Ini berdasarkan pengalamannya dan orang terdekatnya sendiri pernah menjadi mangsa golongan yang tak bertamadun ini.
“Kalau korang pakai lanyard kerja, tolong sembunyikan lanyard tu dengan ID. Scammer sekarang target orang macam ini untuk dapatkan duit, lagi-lagi musim gaji (25hb sampai hujung bulan). Diaorang ni bukan warga Malaysia, diaorang cakap Melayu tak fasih sangat.”
Dalam pada itu, individu ini turut kongsikan modus operandi pelaku dimana mereka akan tepuk bahu dan tanya arah jalan dengan cara berbisik di telinga sambil meyakinkan kita bahawa dia bukan orang jahat atau scammer.
Tambahnya lagi, golongan ini begitu aktif semasa dia masih lagi tengah belajar, katanya ramai yang kena sampaikan duit elaun awal semester lesap dari ATM.
Malah saat dia membuat perkongsian ini difahamkan dia sendiri sedang diekori dan menurutnya, jika ingin tanya jalan, ada sahaja kaunter infomasi jika betul-betul inginkan bantuan.
“Diaorang sangat aktif masa zaman kampus, hilang masa pandemik dan sekarang diaorang kembali untuk target orang.”
“Orang takkan tanya arah jalan atau duit. Polis bantuan dan kaunter pertanyaan ada je kat situ kalau betul-betul nak minta bantuan. Sekarang ni 10 minit dia ikut aku.”
Tambahnya, ia membuatkan dirinya terpanggil pasal hal ini adalah berdasarkan pengalaman majikannya yang terkena sebanyak 2 kali.
“Tau je boss aku pegang beg kertas Habib Jewel kat tangan dia time tu la kena target. Malah, tahun 2018, benda ni jadi depan mata hulur duit RM 20 tanpa sedar.”
Ini adalah antara cara mereka memukau orang :
Hurm, nak berbaik biar berpada, sebab kalau orang tanya kita arah jalan, mustahil nak kena sampai tepuk bahu, boleh je tanya dan tegur macam biasa.
Baca : Sering Busking Di KL Sentral, Pemergian Abang Meor Buat Ramai Sedih