in

“Semalam Uighur, harini Hong Kong” – Orang Awam Ditembak Polis Hong Kong Lepas Mereka Buat Solidariti Untuk Uighur

Feature Image Hk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni, kecoh dekat portal media mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Uighur oleh kerajaan China.

Perbuatan mereka itu di dedahkan di media sosial dan mendapat kritikkan hebat oleh kebanyakan masyarakat seluruh dunia.


Baru-baru ini, sebuah solidariti untuk kebebasan rakyat Uighur telah dilakukan sekurang-kurangnya 1000 rakyat Hong Kong di Central Edinburgh.

Emcghqnuyaesrjs
Sumber: twitter

Dalam solidariti tersebut, mereka memegang sepanduk yang mengatakan bahawa ‘Harini Uighur, hari esok Hong Kong dan bebaskan Ilham Tohti’. Ilham merupakan seorang pakar ekonomi Uighur yang telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sejak 2014 yang lalu.

Semasa solidariti tersebut berlaku, kekecohan bermula apbila ada individu  menanggalkan bendera negara China yang berada di luar bangunan itu. Polis bertugas yang berada di tempat tersebut segera menangkap individu itu.

Tembak peluru getah

Orang ramai yang berada disitu mula melempar botol, dan tin kosong ke arah polis dalam usaha untuk membebaskan individu yang di tahan oleh pihak polis.

Emcpjddwsaapj 9
Sumber: twitter

Menurut portal HKFP, polis telah melepaskan sekurang-kurangnya dua tembakan peluru getah di kawasan jejantas yang menyambungkan International Finance Center shopping mall (IFC).

Tembakan itu juga dikatakan mengenai seorang warga asing yang kemungkinan sedang berada di kawasan itu.

Kama
Sumber: stand news

Apabila mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan itu, orang ramai yang mula membuat rusuhan dikatakan terus melarikan diri kerana takut.

Polis juga telah memberi amaran untuk bersurai sebelum mereka melepaskan gas pedih mata bagi meleraikan rusuhan yang telah bermula itu.

Polis juga berkata mereka tidak menggunakan keganasan seperti yang di war-warkan dan hanya menggunakan kekerasan yang paling minimum untuk meleraikan kekecohan itu.

Orang awam yang melakukan kekecohan telah di tahan bagi membantu siasatan.

Uish, betul-betul solidariti untuk rakyat Uighur ni. Tapi kalau nak buat soladiriti tu kalau boleh secara aman lah, jangan sampai terlibat dengan sebarang kekasaran yang boleh menyebabkan kecederaan dekat diri sendiri atau orang lain.

 

Baca: “Ya Allah, berilah kemudahan pada saudara Uighur kami” – Lepas Ozil, Khabib Pula Bersuara Menyokong Etnik Uighur

Collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.