in

“Semakin tidak sensitif” – Mufti Pulau Pinang Kesal Lihat Orang Islam Sertai Perarakan Kuil

ft umat0islam sorak vel vel

Tular satu video berdurasi 27 saat memperlihatkan umat Islam berarak bersama pedati membawa dengan menyorak perkataan ‘vel-vel’ sempena Thaipusam.

Berikutan itu, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menzahirkan rasa kesal kepada umat islam terutamanya generasi baharu yang semakin tidak sensitif dengan perkara yang boleh merosakkan iman serta akidah mereka.

 

Umat Islam sorak ‘Vel-vel’ 

Video tersebut telah mengundang kecaman warganet kerana dianggap tidak menghormati agama dan budaya untuk kaum lain.

Akibat penularan video ini juga, tiada sebarang pengesahan daripada pihak berwajib mengenainya setakat ini. Menurut Wan Salim, adalah satu larangan jika orang dari agama lain menyertai aktiviti yang berkait dengan sebarang upacara yang melibatkan keagamaan orang bukan Islam.

Ini kerana, dibimbangi perbuatan tersebut mempu merosak keimanan mereka kepada agama Islam.

55C94575 AEB1 49B2 86F8 4FAE90721994 768x659 1

“Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.”

“Selain itu, ibu bapa, pendidik dan pimpinan masyarakat juga perlu memainkan peranan menjelaskan kepada generasi baharu umat Islam tentang hukum haram bagi kita menyertai upacara keagamaan atau ritual agama lain.”

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan maksud sebenar toleansi dalam dari suduh Islam.

“Toleransi bermaksud rakyat Malaysia hendaklah menghormati kesemua agama yang dianut oleh kaum- kaum di negara ini.”

“Bagi Islam pula, toleransi beragama digalakkan tetapi penyertataan umat Islam dalam upcara keagamaan bukan Islam adalah haram, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorsng Muslim.”

Baca : “Ini bukan Deepavali” – Tegur Individu Menari Sambil Buat Ucapan, Wanita India Perjelas Maksud Sebenar Thaipusam

ft wanita tegur individu menari lagu thaipusam