in

Selepas 30 Tahun, Bayi Dalam ‘Album Cover’ Nirvana Tuntut Ganti Rugi Rm630K Rupanya Sebab..

Ft Bayi Album Cover Nirvana Tuntut Ganti Rugi

Pasti generasi 70-an, 80-an dan 90-an familiar dengan album Nirvana yang Nevermind tu, album yang dilancarkan pada tahun 1991 dimana kulit album tersebut memaparkan bayi di dalam air.

Selepas 30 tahun ia tertanya membuatkan tuan empunya badan dalam kulit album itu tidak senang dan bertekad untuk membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock tersebut sebab…

 

Menyalahi undang-undang dan tanpa mendapat persetujuan

Spencer Elden yang kini berumur 30 tahun menuntut ganti rugi kepada setiap ahli kumpulan itu kerana kesalahan eksploitasi kanak-kanak yang menayangkan gambarnya dalam keadaan berbogel.

Bayi Album Cover Nirvana Tuntut Ganti Rugi 2

Katanya menerusi BBC News, ibu bapanya tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian bagi membenarkan gambarnya itu digunakan untuk kulit album.

Dia juga mendakwa bahawa foto  itu dikategorikan sebagai pornografi kanak-kanak, Bagaimanapun, sumber melaporkan bahawa foto bayi yang tidak diseksualkan pada umumnya tidak dianggap sebagai pornografi kanak-kanak di bawah undang-undang Amerika Syarikat.

Bayi Album Cover Nirvana Tuntut Ganti Rugi

Namun, peguam Elden, Robert Y. Lewis pula berpendapat bahawa foro duit kertas yang turut ditampilkan dalam gambar itu menampakkan bayi itu kelihatan seperti “buruh seks”.

Dalam kes ini, dikatakan bahawa band Rock tersebut didakwa telah berjanji untuk menutup bahagian kemaluan Elden, tetapi perjanjian itu tidak disahkan.

Akibat foto ini, Elden mendakwa bahawa dirinya sering dikaikan dengan  eksploitasi seksual komersial yang dilaluinya sebagai anak di bawah umur.

Dia mengatakan bahawa dirinya akan mengalami ‘tekanan seumur hidup’  seperti tekanan emosi dan gangguan akibat karya tersebut. Ia juga telah memberi kesan dalam kemajuan pendidikannya dan memerlukan rawatan dan psikologi, pendek kata dia rasa terganggu sepanjang dia membesar.

Untuk itu, dia menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya RM630,00) daripada setiap seorang 15 defendan yang turut melibatkan anggota band yang masih hidup Dave Grohl dan Krist Novoselic; pengurus harta tanah Kurt Cobain; Bekas isteri Cobain Courtney Love; dan jurugambar Kirk Weddle.

 

Baca : “Hampir bertumbuk belakang pentas” – Nirvana Vs Guns N’ Roses, Kisah Krisis 2 Band Rock Lagenda Ini Sebelum Kurt Mati

Eot9U0Hvaaayayu 2

Sumber: Vulture
Sumber: Astro Awani