in

Selepas 3 Minggu, Kebakaran Di LA Akhirnya Berjaya Dikawal

kesan kebakaran di LA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas lebih tiga minggu atau lebih tepatnya 24 hari, akhirnya kebakaran yang melanda kawasan di Los Angeles iaitu di Palisades dan Eaton, California telah berjaya dikawal sepenuhnya.

Memetik laporan New York Post, perkara ini disahkan oleh pihak berkuasa California.


Untuk pengetahuan semua, kebakaran di bandar popular Pacific Palisades yang menjadi tempat kediaman ramai selebriti Hollywood itu bermula pada 7 Januari lalu dan telah membabitkan 23,448 ekar kawasan.

Selain merosakkan ratusan bangunan termasuk rumah-rumah selebriti popular negara itu, kebakaran tersebut turut meragut 12 nyawa.

13

Artikel Berkaitan: Walaupun Bekalan Air Terhad, Ada Sebab Kenapa Bomba Tak Gunakan Air Laut Untuk Padam Kebakaran di LA

Artikel berkaitan : Bomba Tak Cukup Air, Ini Perkara Dahsyat Yang Berlaku Ketika Kebakaran Di Los Angeles

Manakala kebakaran di kawasan Eaton pula telah merebak sehingga lebih 14,000 ekar dan telah mengorbankan 17 nyawa.

Jika digabungkan, kebakaran di kedua-dua lokasi di California itu telah merosakkan lebih 16,000 struktur bangunan termasuk rumah dan perniagaan.

Sumber: New York Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.