in

Selepas 17 Tahun, Brunei DPMM FC Kembali Sertai Liga Super

3bru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan penyertaan semula kelab jemputan Brunei DPMM FC dalam saingan Liga Super musim depan, selepas mendapat kelulusan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Screenshot 2025 05 24 at 3.24.38 PM

Memetik laporan Kosmo!, kepulangan kelab berpangkalan di Borneo itu menandakan kemunculan semula mereka selepas kali terakhir menyertai liga utama Malaysia pada musim 2008.


Penyertaan DPMM FC pastinya menghidupkan semula kenangan dan saingan klasik dalam bola sepak negara. MFL amat mengalu-alukan kemunculan semula mereka dalam Liga Super,” – MFL

DPMM FC akan menyertai 13 lagi pasukan yang memperoleh lesen kebangsaan daripada First Instance Body (FIB) untuk bertanding musim ini, termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Sabah FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC, Kuala Lumpur City FC, PDRM FC, serta Kelantan Darul Naim FC.

Dua pasukan dari Liga A1 turut layak ke Liga Super musim depan iaitu Melaka FC dan Imigresen FC, selepas diberikan lesen bersyarat.

Namun begitu, dua kelab lain, Perak FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak mendapat kelulusan lesen kebangsaan dan tidak akan beraksi dalam saingan utama musim depan.

Screenshot 2025 05 24 at 1.47.04 PM

Penyertaan DPMM FC dijangka menambah variasi dan daya saing dalam kancah Liga Malaysia, selain membuka peluang kerjasama rentas sempadan dalam pembangunan bola sepak serantau.

 

Baca: MFL Luluskan Kuota Baharu Pemain Import, 15 Orang Untuk Setiap Kelab Liga Super

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.