Seorang selebriti lelaki berusia 41 tahun dilaporkan telah ditahan polis di sebuah rumah teres di Cyberjaya pada Sabtu semalam kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja.
Memetik laporan Kosmo, ujian air kencing yang dilakukan terhadap artis lelaki itu juga mendapati suspek positif dadah jenis THC.
Tangkapan telah dibuat oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang sekitar 3.10 petang.
Ketika serbuan dilakukan oleh pihak polis di rumah tersebut, polis turut menemui dua paket plastik lutsinar yang mengandungi dadah jenis ganja seberat 60.3 gram.
Artikel berkaitan: “Tiada apa yang hendak saya sorokkan” – Zahnita Wilson Diarah Lakukan Ujian Air Kencing
Artikel berkaitan: “Rasa tak dihargai” – Zahnita Dedah Sebab Tidak Berhasrat Kembali Dalam Dunia Peragaan
Walau bagaimanapun, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Menurut laporan Utusan, polis mengesahkan selebriti yang ditahan itu ialah pelakon, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad.
Difahamkan, pelakon berkenaan akan ditahan reman pada pagi ini.