Selebriti dari Jepun, 23 Maria Hamasaki yang terkenal menerusi program realiti The Bachelor Japan, ditemui mati dan disyaki akibat bunuh diri awal minggu lalu.
Berita kematiannya itu diumumpakan pada hari Rabu lepas menerusi satu laman strim video AbemaTV Inc, dimana ia merupakan platform utama yang menayangkan program Ikinari Marriage” (“Sudden Marriage”) yang menampilkan Hamasaki sebagai pelakonnya.
Sumber mengatakan bahawa pihak polis tidak mengesaki sebarang unsur pembunuhan kerana tidak menjumpai kesan atau kecederaan luaran ketika mayatnya ditemui, tapi polis masih sedang menjalankan siasatan.
Walaubagaimanapun, ada netizen membuat spekulasi terhadap kematiannya itu. Pada April lepas, Hamasaki dikecam teruk kerana keluar rumah tak pakai pelitup muka, lapor Koreaboo.
Pada masa itu, dia bahkan terlibat ada balas komen kecaman itu, yang telah menarik perhatian warganet.
Jadi, mereka spekulasikan bahawa kononnya dia bunuh diri akibat tak tahan dikecam.