in

Selamba Basuh Baju Di Tandas OKU, Individu Bengang Ditegur Atlet Paralimpik

lelaki guna tandas OKU basuh baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyalahguna kemudahan yang disediakan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) antara tabiat buruk segelintir masyarakat yang perlu diberi perhatian.

Baru-baru ini, seorang atlet paralimpik negara, Daniel Lee berdepan pengalaman pahit ketika mahu menggunakan tandas OKU di Pavilion Kuala Lumpur.


Menerusi hantarannya di Instagram, beliau mengesyaki pengguna tandas OKU itu bukan individu kurang upaya dan terpaksa menunggu sehingga satu jam 30 minit.

Screenshot 2023 03 27 154427

Daniel menyatakan individu di dalam tandas itu menjerit memarahinya ketika beliau mengetuk pintu beberapa kali. Beliau kemudian menghubungi pihak pengurusan untuk mendapatkan bantuan.

Tidak berapa lama kemudian, individu tersebut keluar dari tandas OKU sambil membawa baldi dan beg berisi pakaian dengan perasaan tidak bersalah.

Rupanya guna tandas OKU untuk basuh baju

Apabila Daniel menegur tindakannya, individu itu memberi alasan baru berpindah keluar dari kediamannya dan mahu mencuci pakaian sebelum pulang ke kampung.

Individu terbabit kemudian menempelak ketika atlet paralimpik memintanya untuk menunggu pihak pengurusan berbincang tentang isu yang berlaku.

“Mestilah saya tak cacat. Saya tak berkerusi roda seperti kamu!” ujarnya kasar ketika ditanya menggunakan tandas OKU.

Difahamkan, lelaki itu segera beredar dan setakat ini tiada tindakan lanjut daripada pihak pengurusan pusat beli-belah tentang kejadian tersebut.

https://www.instagram.com/p/ClXC1HahSUV/

Daniell menjelaskan dia berkongsi mengenai kejadian itu bukan untuk memalukan individu terbabit, tetapi mahu menunjukkan bahawa isu seperti ini sering berlaku terhadap golongan OKU.

Dalam pada itu, dia turut menggesa pihak pengurusan perlu melaksanakan polisi menghalang individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kepada golongan OKU.

Melihat di ruangan komen, rata-ratanya bersetuju perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengambil kesempatan menyalahgunakan kemudahan awam disediakan khusus untuk golongan itu.

Pun begitu, ada juga yang berpendapat mungkin individu itu dalam kesusahan dan terpaksa menggunakan tandas OKU untuk mencuci pakaian.

Baca: Atlet Paralimpik M’sia Bengang, Syarikat Penerbangan Popular Tak Bagi ‘Travel’ Tanpa Peneman?
atlit paralimpik travel sorang

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.