in

Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Ada Yang Tuduh Isteri Kedua Abang Tesla Cuba Bolot Harta?

Syaz Ft 2024 09 02T131739.546

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam mendapat khabar gembira, ahli perniagaan dan influencer Abang Tesla meluahkan rasa kecewa apabila kelahiran anak lelaki pertamanya dengan isteri kedua dihebohkan tanpa pengetahuannya di media sosial.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry meluahkan rasa kecewanya menerusi IG Story, lebih menyedihkan ada pihak yang mengatakan anaknya itu akan mewarisi harta Khal Legacy sekaligus memberi bayangan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi ingin membolot harta.


Artikel berkaitan: “Mak bapak tak ajar adab ke” –  Abang Tesla ‘Sound’ Individu Hina Rupa Isteri Pertama

Artikel berkaitan: Umisya Muat Naik Foto Mesra Dengan Aslam, Kerjakan Umrah Bersama Isteri Pertama Abang Tesla

1 3

Lebih menyedihkan, isterinya itu tidak pernah memuat naik sebarang hantaran berkenaan kelahiran putera sulung mereka itu.

Dalam pada itu, beberapa hantaran IG Story isteri pertama Abang tesla iaitu Nurmajdina turut menarik perhatian ramai.

2

Isteri pertamanya itu seakan menghentam pihak yang ingin claim syarikat Khal Legacy itu yang menurutnya telah dibina bersama-sama dari bawah bersama suaminya.

Tidak mendedahkan siapa yang dimaksudkan, Nurmajdina berkata pihak itu tidak membantu dari segi apa-apa dalam pembinaan syarikat tersebut.

Lebih menyedihkan, Nurmajdina terpaksa memuat naik gambar ujian kehamilannya untuk membuktikan dia bukanlah mandul seperti yang didakwa pihak tersebut.

3

Malah, isteri pertama Abang Tesla itu turut berkongsi dia sudah lama menyimpan perasaan marah itu dan akhirnya bertindak untuk meluahkan kerana pihak itu dikatakan sudah ke tahap menghina selain tidak menghormatinya.

4

Harap semuanya baik-baik sahaja…

Sumber: Instagram (1)(2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.